Nak pergi jugak ke pesta buku PBAKL 2023.


Sedih yakmat. Kali ni tak dapat pergi ke pesta buku terbesar tahunan ni. Aku ada kat luar kawasan. Jauh. Memang tak dapat lah nak ke sana.

Dengar cerita, PBAKL kali ni banyak yang menarik. Banyak sangat. Bila feed Facebook lalu, memang banyak syarikat buku yang buat surprise. Tahun lepas tak macam ni walaupun orang ramai jugak. Kebanyakan yang best tahun lepas, banyak diskaun.

Kali ni, ada buku yang dijual khas sempena PBAKL. Ada jugak yang julung kali terbit buku terbaru kat situ. Harga pun masih kekal dengan kepelbagaian diskaun. Dengki pulak rasanya tengok mereka yang dapat join pesta buku tu.

Gempakstarz


Antara booth yang aku nak sangat pergi kali ni. Tak silap aku, Gempakstarz paling banyak bukak booth. Satu-satunya company komik (dan novel ringan) yang ada booth paling banyak dan besar.

Artbook sempena birthday Gempak ke-25 tahun.

Komik terbitan khas sempena pesta buku.

Pesta buku kali ni, ada beberapa surprise yang diorang buat. Upgrade dari tahun lepas. Kalau tahun lepas, diorang sekadar bagi diskaun dan gachapon, tapi kali ni ada beberapa buah buku yang diterbitkan sempena PBAKL 2023: Gempak 25th Anniversary Artbook, Lawak Kampus 46 Edisi Popular dan Komik Siri Candy Edisi Popular.

Hilal Asyraf Resources


Booth ni antara booth yang memang aku nak singgah. Dulu tak sempat langsung singgah sebab kekangan masa. Tapi kali ni masih tak dapat singgah jugak.


Banyak novel yang menarik. Siapa tak kenal Hilal Asyraf kan? Aku kenal dia pun dari novel VT iaitu novel berkisarkan sukan bola tampar versi Islamik. Dari situ, aku mula beli novel sequel nya iaitu VT 2: Avant Garde. Novel-novel ni dah lama diterbitkan. Tahun 2009 tak silap aku. Under syarikat Galeri Ilmu.

Novel ke-4 Gelombang Baru.

Dan tahun 2020, 3 buah novel Gelombang Baru diterbitkan. Sebenarnya cerita novel-novel ni sama je dengan novel VT dan VT 2. Cuma ditukar tajuk dan diterbitkan under syarikat Hilal Asyraf sendiri iaitu Hilal Asyraf Resources.

Belakang penulis tu penuh dengan novel Gelombang Baru.

Best nya, kat pesta buku ni, novel keempat Gelombang Baru turut diterbitkan. Untung lah dapat beli terus kat situ. Mana lah tahu kot-kot boleh selfie sekali dengan author nya kan?

Mighty Knight Bayu


Aku belum pernah berjaya miliki komik ni. Selalu tengok kat Popular dan kedai-kedai dalam Shopee. Tapi tak tergerak hati nak beli. Komik ni ada 3 jilid.

Beli komik dapat kad percuma.

Jilid ketiga yakni jilid terbaru, diorang jual kat pesta buku ni. Paling best, kalau beli, akan dapat trading card percuma! Alah. Kad macam BoBoiBoy dan Ejen Ali tu. Bagi aku, benda macam ni sangat lah rare. Tak semua penerbit buku atau komik yang gigih nak buat kad.

Kirim je lah yang mampu


Memang aku tak dapat nak ke sana kali ni. Terpaksa lah kirim kat orang untuk tolong belikan buku yang berkenan di hati. Mungkin bukan rezeki aku nak shopping kat sana sendiri. Mungkin jugak nasib baik. Kang tak pepasal shopping sakan perabis duit pulak nanti. 😂

Post a Comment

12 Comments

  1. Last year pergi..Tapi bukunya sampai sekarang tak habis baca lagi 😆 Takpela..Moga next year lagi Syok la....Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Tersimpan rapi dalam box. Mesti lagi gempak tahun depan tu.

      Delete
  2. mula kenal Hilal Asyraf ni masa dia tulis blog, masa dia belajar di Jordan..oo..masih menulis...banyak kejutan tapi yg best, bila ada diskaun......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langit Illahi tu kan? Pernah baca jugak dulu.

      Delete
  3. Tertarik buku Hilal Asyraf Nirnama tu. Ilustrasi cantik-cantik. Vibe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah baca tapi tu antara novel yang bestseller.

      Delete
  4. Saya dah wakilkan 2 orang anak saya ke sana.. Kebetulan diorang berdua duduk di rumah mak busunya berdekatan KL, jadi mak busunya bawak sekali mereka jalan di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah. Rezeki diorang dapat bertandang ke sana.

      Delete
  5. Menarik ni. Insha Allah kalau ada kesempatan nak singgah la.

    ReplyDelete
  6. Anak saya nak pergi tapi sayalah tak lalu dengan kesesakkan.. Tapi hujung tahun ini dia dah request nak pergi pesta buku Selangor.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bawak tu tapi pergi awal pagi lah. Lepas tengah hari, selalunya akan jem teruk.

      Delete