Pengalaman makan KFC K-Cheese Crunch.


Setiap kali KFC buat promo, hati ni rasa resah gelisah kalau tak cuba walaupun aku tahu yang semua ni hanya lah indah khabar dari rupa.

Bukan apa, setiap kali promo, mesti presentation gambar ayam diorang sangat menggiurkan. Buatkan perut tetiba nyanyi lagu pop rock setiap kali tengok.


Untuk promo kali ni (entah sempena apa), KFC jual ayam pedas ala Korea. Siap ada cheese lagi tu. Tiber.


Malas nak keluar rumah. Aku order lah guna Foodpanda. Tak lama pun aku tunggu. Tak sampai setengah jam, abang Foodpanda datang bawak ayam KFC.

Apa yang best?


Satu, ada sos merah yang disapu kat atas ayam ni. Sos ni agak pedas ye. Aku makan pun sambil minum air sebab boleh rasa panas kat lidah bila terkena sos ni. Tapi walaupun pedas, sos ni sangat sedap. Pekat dan likat.

Cheese dia letak asing dalam bekas.

Kedua, ada keju aka cheese. Cheese cair ni ditaruk kat atas sos merah tu. Tapi cheese ni takde lah special. Alah. Cheese biasa yang KFC punya tu yang selalu ada bila order cheezy wedges.

Apa yang kureng?


Satu, macam biasa lah. Saiz ayam. Diorang masih lagi guna anak ayam. Untuk saiz yang aku dapat ni, aku kategorikan sebagai kecil. Dan terasa macam tak berbaloi pulak 3 ketul ayam ni berharga RM26.99 (harga asal sebelum tolak voucher Foodpanda).

Kedua, KFC seolah-olah tak belajar dari kesilapan. Dulu dah pernah ada ayam cenggini. Ramai yang complain. Duk kata kenapa ayam tu tak disalut sos sepenuhnya. Kenapa hanya sapu kat permukaan atas je? Setahu aku, kalau ayam pedas Korea, ayam tu akan disalut sepenuhnya dengan sos pedas.

Makan ayam KFC wajib ada nasi putih tau.

Berbaloi ke beli? Kali ni aku rasa macam tak berbaloi. Kalau nak makan ayam pedas Korea, better pergi beli kat kedai yang jual ayam pedas Korea. Lagi sedap dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Jadi, jangan percaya sangat lah kalau ada YouTuber ke influencer ke yang claim ayam ni best. Rasa sendiri baru tahu macam mana.

Post a Comment

22 Comments

  1. Alahai.. dengan harga macam tu memang patut ke kedai makanan korea la kalau nak merasa ayam goreng korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mahal sikit pun tak apa asalkan puas hati.

      Delete
  2. Memang selalu tidak percaya iklan KFC. Haha. Takpelah untuk BK bunuh rasa teringin jadi serik.

    ReplyDelete
  3. Orang yang suka makan ayam goreng memang macam ni kut peel dia. Dah tahu ending mesti kecewa tapi tetap nak cuba hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Konon beli, akan bertambah baik. Tapi tetap kecewa.

      Delete
  4. Betul sgt tu...iklan promo kfc mmg x mengecewakan tapi hakikatnya... hehehe... burger je dah jd bahan bukti... dlm gambar bkn main lg tp realiti hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Iklan terlajak sedap tapi bila order, lain pulak jadinya.

      Delete
  5. Pengaruh iklan memang berjaya selalunya hehehee...
    Betul tu saiz ayam kfc yang delivery selalunya kecik sikit dari saiz makan di resto

    ReplyDelete
  6. Selalu percaya promosi Marrybrown dengan Texas je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa. Betul. Walaupun 2 restoran ni jarang iklan kat TV, tapi ayam dia selalunya tak pernah mengecewakan.

      Delete
  7. wow nampak cheesy dan crunchy la.. ada macam sos ye kat atas ayam

    ReplyDelete
  8. pedas sos tu sama ke mcm sos corn dog family mart tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah makan corn dog tu. Tak tahu rasa pedas macam mana. 😅

      Delete
  9. Memang sangat tak berbaloi da beli kfc sekarang ini.. Dah pernah ada dah kan kkrunch ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Fikir banyak kali setiap kali nak order. Risau dapat ayam kecik je.

      Delete