Bulan lepas, aku terima emel dari NetKL. Katanya, aku diberi tempoh masa sebulan untuk renew domain. Kalau tak renew, nanti tak dapat lah letak dotcom kat belakang URL tu kan?
Bagus NetKL ni. Boleh puji. Tiap-tiap kali sebelum expired, diorang akan hantar emel sebagai notifikasi. Sebulan sebelum domain expired. Jadi, tak kalut lah nanti kalau lupa nak renew.
Nak dijadikan cerita, aku lupa nak terus bayar. Sampai lah tinggal beberapa hari je lagi dari tarikh renew tu. Bila aku bukak emel, bertalu-talu emel NetKL masuk. Emel reminder untuk aku renew domain. Bagus kan diorang? Betul-betul jaga servis dan client diorang.
Masuk tahun ni, ni kali ke-2 aku renew domain. Tapi kecewa sikit sebab harga domain makin naik. Masa mula-mula aku buat domain dotcom, harga baru RM45. Lepas tu, makin naik dan naik. Mungkinkah tahun depan bakal naik lagi?
Tahun | Harga |
---|---|
2021 | RM45 |
2022 | RM50 |
2023 | RM55 |
2024 | Berapa? RM60? |
Rugi ke tak? Sebenarnya takde lah terasa rugi pun. Even kalau menabung 20 sen sehari, dah boleh bayar harga domain setahun.
Domain dotcom banyak kelebihan berbanding default blogspotdotcom. Apa yang aku perasan, bila tukar kepada dotcom, traffic blog makin naik. Paling penting, dotcom ni lah yang buatkan pembaca lebih yakin untuk terus follow perkembangan entri aku. Maksudnya, aku serius dalam penulisan walaupun aku bukan lah blogger full-time. 🤣
8 Comments
Naik RM5 setiap tahun.
ReplyDeleteMacam tu lah gamaknya. 😌
Deletedah lebih 10 tahun saya guna dot com. untuk kepuasan sendiri je.. blog pun syok sendiri,..hahaa
ReplyDeleteAsalkan bermanfaat untuk pembaca, syok sendiri pun tak apa. 😆
DeleteKan, makin naik harganya. Adsense punya income tak naik pula. Hahaha
ReplyDeleteKann. Tak seiring naiknya. 😅
DeleteWah.. gitu je dia naik ye.. RM5 setiap tahun..
ReplyDeleteKann. Mesti naik lagi tahun depan.
Delete