Syarikat Tora Aman dan Comics House bakal kembali?


Siapa yang membesar zaman 90-an, pasti paling tahu tentang kedua-dua syarikat ni yang merupakan antara syarikat utama di Malaysia yang terbitkan manga (komik Jepun) yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Tora Aman atau nama penuhnya Penerbit Tora Aman cukup dikenali oleh generasi waktu tu. Pernah baca komik Doraemon dalam BM? Haa. Syarikat ni lah yang terbitkan. Selain Doraemon, banyak lagi manga lain yang diorang terbitkan antaranya Slam Dunk, Ushio dan Tora, Ranma 1/2 dan Detektif Conan.



Sama jugak dengan Comics House. Antara komik terbitan diorang termasuk lah Mutiara Naga, Sailor Moon, One Piece, Naruto dan Bleach. Kiranya Comics House ni macam pesaing Tora Aman lah. Cuma komik-komik terbitan Comics House ni lebih kepada Shounen (komik fokus kepada pembaca lelaki).

Tahun 2016, malangnya, Comics House tutup selamanya. Diikuti dengan Tora Aman yang gulung tikar pada tahun 2017. Tutup sebab apa? Wallahualam. Setakat yang aku tahu, diorang tutup atas alasan generasi sekarang lebih suka main/guna phone berbanding baca komik fizikal.

Adakah Comics House dan Tora Aman akan buat comeback?



Itu lah yang aku sangat harapkan. Aku nak sangat kedua-dua syarikat ni kembali semula ke arena penerbitan komik. Terbitkan semula segala komik yang telah diorang terbitkan sebelum ni. Polish segala kandungan komik, dialog yang typo atau lari maksud, kualiti printing dan sebagainya.

Best membesar zaman komik fizikal


Sekarang, kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu, memang lah takkan sama. Dulu, kat mana-mana kedai atau gerai surat khabar, mesti akan jumpa komik. Kat stesen bas, at least akan ada satu kedai yang jual komik.

Gambar credit Harian Metro.

Dalam lingkungan tahun 2013 - 2015 antara titik hitam industri komik dan majalah fizikal. Kenapa? Sebab zaman ni, smartphone tengah naik macam cendawan tumbuh selepas hujan. Internet pun makin murah dan senang nak dapat. Zaman aku kat kampus dulu, dapat Internet percuma. Jadi, Internet dijadikan sumber utama untuk baca komik yang lagi cepat update berbanding komik fizikal yang perlu tunggu sekurang-kurangnya sebulan untuk dapatkan jilid baru.

Dah kurang yang baca komik fizikal. Kalau majalah Ujang dan Apo?, ada yang kata lawaknya makin kureng. Tora Aman dan Comics House pulak asyik reprint komik-komik lama diorang. Untuk sekadar nak baca, beli sekali je lah. Kalau collector, lain lah. Mungkin tiap-tiap tahun diorang borong.

Trend sekarang mula berubah


Sekarang, aku tengok trend beli komik fizikal makin rancak. Lagi-lagi lepas PKP. Maklum lah, masa PKP dulu kan asyik terkurung dalam rumah. Nak bagi hilang bosan, baca lah komik atau majalah yang ada.


Antara syarikat besar yang sedang galak dan aktif dalam terbitkan komik dan majalah komik adalah Gempakstarz, PTS, APT Inventions (Ujang & Apo?) dan Creative Enterpise. Setiap kali ada komik atau majalah komik baru, ramai pembaca dan peminat tak sabar nak beli, baca dan buat koleksi.

Sumber untuk beli lebih senang


Tak macam dulu. Kalau nak beli komik, ada 2 cara je: kedai buku/runcit dan beli guna wang pos. Leceh. Pernah jadi kat aku. Masa zaman sekolah, aku selalu pergi ke satu kedai ni yang jual komik dan majalah. Kadang pergi, ada buku baru, kadang pergi takde. Sold out. Kalau nak beli guna wang pos, leceh jugak. Nak kena pergi pejabat pos beli wang pos dan hantar order.


Tu dulu. Sekarang tak lagi. Sekarang zaman online. Nak beli apa, boleh order online. Senang dan praktikal. Kalau buku rosak atau hilang masa delivery, boleh return atau refund. Lebih secure.

Harga komik menguntungkan syarikat


Lagi satu, komik yang ada kat pasaran sekarang bukan murah ye. Tak macam dulu. Kalau dulu, komik yang harganya RM5 senang je nak jumpa. Tapi sekarang, harga sebuah komik dalam RM10 - RM12 dah kira normal.


Mahal kalau ikutkan. Tapi sebab nak cover kos cetakan dan sebagainya, maka jadi lah harga macam tu. Bila buat harga yang macam tu, takde lah syarikat terasa sangat ruginya kat situ. Selagi komik tu berkualiti, pasti ada yang beli.

Pesta buku tahunan


Tiap-tiap tahun ada pesta buku. Dan tiap-tiap tahun tu jugak lah penuh dengan lautan manusia yang datang berkunjung. Jadi, ramai syarikat akan gunakan peluang ni untuk jual dan promote produk diorang.

Jadi, seandainya Tora Aman dan Comics House buat comeback, peluang untuk join pesta buku sangat besar. Setakat aku tahu, hampir semua syarikat komik utama kat Malaysia ni join pesta buku tahunan iaitu PBAKL.


Cuma buat masa sekarang, aku tak pasti diorang mampu muncul kembali atau tak. Aku ada baca dalam satu website. Katanya lesen terjemahan komik Doraemon dah jadi hak milik Gempakstarz. Komik lain aku tak pasti.

Kalau pergi kedai buku Popular, perasan tak ada komik Doraemon yang cover warna biru? Ha! Tu lah komik yang Gempakstarz publish. Popular dapat hak ekslusif untuk jual komik Doraemon.


Komik-komik terjemahan BM yang diterbitkan secara underground, banyak je kat Malaysia ni macam komik Dragon Ball, Dragon Ball Super dan Attack on Titan. Cuma aku tak pasti diorang ada lesen ke tak nak jual secara rasmi kat pasaran.

Aku percaya, takde sorang pun yang berjaya kumpul atau buat koleksi kesemua komik Tora Aman dan Comics House. Dulu Tora Aman announce yang diorang nak tutup kedai, berpusu-pusu orang terjah gudang komik Tora Aman. Tu pun tak semua komik yang ada.

Aku masih berharap Tora Aman dan Comics House akan kembali bukak syarikat diorang suatu hari nanti. Boleh bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat komik sedia ada. Sekurang-kurangnya, dapat jugak galakkan industri komik kat Malaysia ni.

Post a Comment

8 Comments

  1. Dulu² suka baca majalah gila², ujang dan seumpamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Sekarang walaupun masih ada jual majalah tu tapi feel dah lain. Kureng sikit.

      Delete
  2. Dulu sanggup simpan duit saku sbb nak beli komik Doraemon, buat koleksi. Kakak saya sampai sekarang simpan elok lagi koleksi komik Sailor Moon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh. Barang nostalgia tu. Simpan elok-elok. Kalau dah tak nak, boleh bagi saya. 🤣

      Delete
  3. peminat buku/komik fizikal semestinya berharap kehadiran penerbit seperti ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang nak sangat 2 company ni buat comeback.

      Delete
  4. Uish.. mengimbau zaman sekolah tau komik diorang ini.. Tapi memanglah kalau adabalik, syok owh.. Anak-anak zaman sekarang tak tahu pasal komik ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sekarang pun market komik fizikal makin naik walaupun wujudnya komik digital. Kalau ada balik, insyaAllah laku keras.

      Delete