Dalam entri aku waktu permulaan blog, aku ada tulis pasal aku buat spek mata baru. Jenama OWL Eyewear. Aku pilih jenama ni sebab harga murah (ada voucher diskaun sempena PKP) dan kebanyakan spek mata yang dijual kat sini, sangat simple dan trendy. Jadi kegilaan muda remaja waktu tu.
Sekarang, lepas 3 tahun makan, minum dan mandi bersama, spek mata tu rosak akhirnya. Calar lens dan patah kedua-dua batang spek mata tu. Sampaikan aku terpaksa selotep kat batang tu supaya tak tercabut masa pakai.
Aku plan nak beli spek mata baru kat OWL jugak. Tapi sayangnya vocher tu takde lagi. Harga mahal. Tak mampu nak beli walaupun aku selesa pakai spek mata jenama ni.
Maka, berbekalkan bajet RM200, aku pergi lah ke kedai spek mata dekat rumah aku. Nak cari yang murah-murah sebab aku ni lasak. Pakai sekejap pun dah calar spek mata.
Mulanya aku godek-godek FB kedai spek mata ni. Tengok promosi yang diorang bagi boleh tahan. Murah pulak tu. Lepas dah comfirm, aku pun pergi lah ke kedai tu.
Jujurnya, tak banyak design yang ada. Tak macam OWL. Macam-macam ada. Kedai ni design bajet sikit je. Selainnya, spek mata mahal.
Cari punya cari, aku berkenan lah kat satu spek mata ni. Lebih kurang sama dengan design spek mata OWL yang aku pakai sekarang. Harga RM200 termasuk lens. Murah kan?
Aku suka spek mata ni sebab permukanya matte, bukan glossy. Matte ni tak licin. Aku tak suka pakai spek mata permukaan glossy sebab licin. Bila berpeluh, mudah terlorot dari atas telinga.
Malangnya tak boleh terus ambil. Pelik kan? Selalunya kalau beli spek mata, terus dapat. Paling lama pun sejam kemudian dah boleh ambil. Mungkin kedai ni takde stok. Kena order dari HQ kot.
Tak sampai seminggu, aku dapat call dari kedai spek mata. Katanya dah boleh ambil. Hari ni, aku pun pergi ke kedai tu sekali lagi untuk ambil spek mata yang aku beli. Selesa je pakai. Cuma agak pening sikit sebab power mata aku naik sikit. Kena biasakan pakai untuk beberapa hari baru elok.
10 Comments
utk rabun dkt atau jauh?
ReplyDeleteciknur cermin baru ni patah jga, jatuh dan xdak rezeki dipijak dek org huhuu sedihh sgt. blm buat baru
Untuk rabun jauh. Rabun dekat saya kurang pasti. Mungkin lagi murah sebab lens yang mahal (photogrey) diorang promote dalam RM300 lebih.
Deletekalau pening tu lama tak?
ReplyDeleteDalam beberapa minit setiap kali pakai. Dekat seminggu jugak macam tu. Mungkin sebab dah terbiasa pakai lens lama (tahun 2020). Sekarang, dah tak pening dah.
DeleteSekarang wak kalau nak mbaca pun kena cari spek rabun
ReplyDeleteRabun dekat ke Wak? 😅
Deletebudak zaman now tgh trend pakai spec yg frame besar... awal thn ni sy pn br buat spec jugak.. bih kurg mcm frame BK ni jugak pastu adik marah ckp knp xnk ambik frame yg besar... lg trendy... eh takmo lah ikut trend.. muka x sesuai pakai frame besar... hehehe
ReplyDeleteKann. Dah lah besar pastu frame transparent. Segan pulak kita nak pakai. 😆
Deletesaya jarang dapat spec hari yg sama, sbb power tinggi, kedai kena order dulu...trend sekrg, pakai frame saja, cermin takde...pengaruh drama korea...hehe..
ReplyDeleteItu lah. Mungkin kedai takde stok. Kalau tak rabun, boleh pakai frame je. 😁
Delete