Budak Takraw episod 1: Jiwa Takraw.


Jujurnya, aku agak kecewa sikit dengan live-action Budak Takraw ni. Sikit je lah. Nak lebih-lebih buat apa kan? Kenapa aku kecewa? Meh aku story sikit. Tapi sebelum tu, aku nak cerita balik plot episod pertama ni.

Episod: 1
Tajuk: Jiwa Takraw
Tarikh: 3 Julai 2023, 2.30 PM
Sinopsis: Rizal ditugaskan untuk membawa pelajar baharu, Azman melawat kawasan sekolah. Apabila tiba di stor sukan Azman menceritakan yang dia hebat bermain sepak takraw di sekolah lamanya.

Plot episod


Secara asasnya, cerita episod satu sama macam komik pertama Budak Takraw. Cuma ada sikit kelainan. Mungkin nak jimatkan masa.

Kisah Rizal yang memulakan sesi baru persekolahan selepas cuti. Masa nak ke sekolah, dia terserempak dengan sorang budak yang macam dia, kelam-kabut nak ke sekolah.

Sampai kat sekolah, baru dia dapat tahu yang budak tu merupakan pelajar baru bernama Azman. Baru pindah dari sekolah bandar. Kebetulan, Azman duduk kat meja sebelah Rizal.

Bermula dari situ lah diorang berdua ni kamceng. Waktu rehat, Azman ajak Rizal pergi ke stor sukan untuk cari sesuatu. Rizal teman Azman ke sana walaupun perut dia dari tadi duk nyanyi lagu rock nak makan.

Rupa-rupanya, Azman cari bola takraw. Kat sini jugak Rizal dapat tahu yang Azman ni merupakan seorang pemain sepak takraw kat sekolah lama. Tapi Rizal macam tak percaya.

Rizal dan Azman kat padang sekolah.

Sebab nak buktikan kat Rizal yang dia tu hebat, Azman bawak Rizal ke padang sekolah untuk tunjukkan skil main sepak takraw. Tapi malangnya, belum sempat dia tunjukkan skil, seluar dia terkoyak kat celah kangkang!

Ali dan Sarah yang curi-curi tengok.

Tanpa diorang tahu, ada pelajar yang memerhatikan diorang: Ali dan Sarah. Satu hari, Ali ni kacau Rizal dan Azman kat padang masa main takraw. Konon Ali nak tunjukkan yang dia ni pemain sepak takraw terhandal kat sekolah.

Ali dan Azman bergaduh.

Malangnya, diorang berdua bergaduh. Nasib baik Rizal dan Sarah ada yang berjaya leraikan pergaduhan tu daripada melarat.

Rizal berlatih sepak takraw sorang-sorang.

Rizal mulanya tak berminat dengak sepak takraw. Tapi bila dia tengok kesungguhan Azman dan Ali yang bersungguh-sungguh tunjukkan skil masing-masing, maka Rizal pun mula terjebak dengan sepak takraw walaupun dia tak pandai langsung main sepak takraw.

Ulasan


Mungkin bagi mereka yang pertama kali tengok drama Budak Takraw tanpa baca komiknya, akan layanz tanpa perasan ada something yang berubah. Tapi bagi aku yang beberapa kali ulang baca komik Budak Takraw, aku detect ada beberapa flaws dalam drama ni.

1. Timeline tak sama dengan komik.


Geng kasut hitam.

Masa tengok Rizal naik basikal ke sekolah, aku perasan satu benda yang jelas sangat: kasut hitam. Setahu aku, pemakaian kasut hitam sekolah untuk semua pelajar hanya diwajibkan bermula tahun 2021. Kalau ikut latar masa komik Budak Takraw, cerita ni paling latest bermula tahun 2007 sebab komik pertama Budak Takraw diterbitkan tahun 2007. Tahun 2007 belum bermulanya pemakaian kasut hitam (kecuali pengawas sekolah).

2. Tanda nama mana? Hilang?


Sekolah apa ni takde tanda nama?

Sepanjang aku tengok episod 1 ni, takde sorang pun pelajar sekolah (kecuali Sarah) yang pakai tanda nama sekolah. Sedangkan dalam komik, semua pelajar pakai tanda nama walaupun tak nampak nama.

3. Mana tudung Cikgu Aisyah dan Sarah? Hilang jugak ke?


Cikgu Aisyah dan Sarah.

Yang ni paling aku hilang mood nak layan drama Budak Takraw ni. Dalam komik, Cikgu Aisyah dan Sarah sepatutnya bertudung. Dari segi perwatakan tu takde masalah. Ngam jugak lah dengan perwatakan diorang dalam komik. Cuma kenapa buang tudung? Tak best ah camni.

4. Penggambaran sekolah kat mana? Macam bukan sekolah je.


Aku ragu-ragu yang bangunan belakang tu bangunan sekolah.

Scene dalam bilik darjah pun tak sama macam dalam komik. Memang pelajar sekarang guna meja dan kerusi banquet ke dalam kelas? Aku dulu duduk atas kerusi kayu coklat dan biru je. Untung lah budak sekarang kan? Lagi satu, kawasan luar sekolah macam bukan kawasan sekolah je. Entah. Tak rasa feel sekolah.

5. Anshari terlibat secara langsung ke tak dalam pembikinan drama bersiri Budak Takraw ni?



Kalau sekarang tengah trending dengan live-action anime One Piece yang dikatakan pelukisnya terlibat secara langsung dengan pembikinan drama bersiri One Piece kat Netflix, macam mana pulak dengan drama Budak Takraw? Anshari join sekali tak? Kalau join, kenapa prop, latar tempat, watak banyak yang berubah, tak sama macam komik?


Masih ada 12 episod untuk ditonton. Walaupun bagi aku, episod pertama buatkan aku agak hampa dan kecewa, harapnya momentum drama Budak Takraw ni kekal. Tak nak lah lari sangat dari cerita asal. Sebab aku suka sangat baca Komik Budak Takraw. Aku siap simpan lagi komik cetakan pertama.

Koleksi kesayangan.

Dari segi pemilihan pelakon, bagi aku, santai je. Diorang elok je berlakon. Takde kekok. Dialog pun tak bosan. Point penting semua ada. Cuma tu lah. Kenapa Cikgu Aisyah dan Sarah free hair? Mana tudung?

 P.S. OST opening drama Budak Takraw best. Kena dengan tema cerita.

Post a Comment

4 Comments

  1. Buat peminat komik ini mesti kecewa bila cerita yang diadaptasi lari jauh dari komiknya.. Jadi tak best nak menonton..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak jauh jugak. Tapi apakan daya, sebab minat terpaksa lah layanz.

      Delete
  2. maaf cakap...pelakon tak macam budak sekolah...

    peminat komik kompem kecewa...

    ReplyDelete