Dalam episod 3 ni, kisah lalu Roy sedikit-sebanyak dipaparkan. Kisah waktu Roy masih aktif dalam dunia sepak takraw suatu ketika dulu.
Episod: 3
Tajuk: Jurulatih Baru
Waktu tayangan: 5 Julai 2023, 2.30 PM
Sinopsis: Rizal kecewa kerana kalah dalam perlawanan sepak takraw pertama mereka. Azman memujuknya agar tidak cepat berputus asa. Sarah pula berjanji untuk mendapatkan mereka seorang jurulatih demi memantapkan pasukan mereka.
Plot episod
Azman dan Sarah bincang untuk tubuhkan kelab takraw. Aku sekali lagi pelik. Sekolah diorang takde cikgu sukan ke? Penolong kanan kokurikulum pun takde jugak ke? Sebab macam si Sarah ni plan sendiri flow nak tubuhkan kelab takraw sekolah diorang.
Kat rumah, Azlan perasan yang Rizal selalu takde bila Azman dan Ali berlatih takraw kat tepi rumah dia. Azlan nasihatkan Rizal supaya teruskan main sepak takraw. Jangan mudah kecewa walaupun gagal sekali.
Sarah, Azman dan Ali pergi ke rumah Roy. Nak mintak Roy jadi jurulatih team takraw diorang. Tapi Roy berkeras tak nak terlibat. Lepas Ali provoke Roy, baru lah Roy setuju. Bukan setuju nak jadi jurulatih tapi nak buktikan yang dia hebat.
Kat gelanggang, lepas Roy tunjukkan skil dia, Azman dan Ali merayu Roy supaya jadi jurulatih diorang. Tapi Roy tetap tak setuju. Scene ni aku bingung-bingung sikit. Aku tengok takde pun skil hebat. Roy pulak macam nak terjatuh bila sepak bola takraw tu.
Sarah bincang dengan Cikgu Aisyah pasal guru penaung kelab takraw. Masih belum ada cikgu dicari. Cikgu Aisyah cadang mintak Cikgu Imran jadi guru penaung.
Rizal masih lagi rasa bersalah. Azman dan Ali tak datang berlatih hari tu. Sarah datang jumpa dia dan inform Rizal masalah yang berlaku. Maka, dengan semangat berkobar-kobar, Rizal dan Sarah pergi jumpa Roy untuk mintak Roy jadi jurulatih diorang.
Lepas dengar rayuan diorang, Roy setuju untuk jadi jurulatih dengan satu syarat: Rizal perlu timbang bola takraw 50 kali. Mampu ke Rizal buat? Sekali pun belum tentu!
Sarah inform Azman pasal ni. Azman tak salahkan Rizal atas kekalahan diorang hari tu. Dia janji untuk bantu Rizal timbang bola takraw supaya Roy dapat jadi jurulatih diorang.
Malangnya, Rizal tak mampu timbang bola takraw sampai 50 kali. Tapi dia tak mengalah walaupun disindir teruk oleh Roy. Dia janji akan buktikan kat Roy yang dia akan jadi lebih baik dari sekarang. Sampai tak terkata Roy dengan kata-kata Rizal.
Kat rumah, Roy geledah barang lama dia. Barang hasil kejayaan dia dalam arena sepak takraw suatu ketika dulu.
Kat sekolah, Cikgu Imran setuju untuk jadi guru penaung kelab takraw. Rizal pulak masih kesal dengan kesilapan dia timbang bola takraw. Tapi ada berita gembira buat diorang: Roy setuju untuk jadi jurulatih. Dia terkesan dengan kata-kata Rizal yang katanya jangan mudah mengalah dalam hidup.
Bersambung episod 4.
0 Comments