Budak Takraw episod 5: Juwita.


Episod kali ni dimulakan dengan scene Sarah yang tengah berlatih mendeklamasi sajak. Cikgu Aisyah mintak dia join pertandingan mendeklamasikan sajak. Azman banding-bandingkan keupayaan golongan wanita yang hanya mampu buat perkara-perkara mudah, tak macam golongan lelaki yang mampu buat semua benda.


Fokus episod ni adalah kepada keupayaan golongan wanita dalam melakukan sesuatu. Kena dengan tajuk episod ni kan? Ada 2 benda yang ditonjolkan dalam episod 5 ni: pembabitan wanita dalam sukan sepak takraw dan keupayaan Sarah dalam pertandingan mendeklamasikan sajak.

Episod: 5
Tajuk: Juwita
Waktu tayangan: 7 Julai 2023, 2.30 PM
Sinopsis: N/A

Plot episod



Sebab nak buktikan golongan wanita pun mampu buat perkara yang lelaki buat, Sarah pergi ke bengkel Roy untuk mintak Roy perkenalkan dia kepada pemain takraw wanita.


Kat rumah, Sarah sedih dan agak kecewa sebab selalu ditinggalkan sorang-sorang sebab mak dan ayah dia yang kerja siang hari.


Rizal dan Azman ke rumah Ali untuk ajak Ali berlatih sepak takraw kat pekan. Ali tak puas hati sebab asyik dibuli oleh Roy. Tapi Rizal cakap bukan salah Roy tapi salah Ali yang suka cakap lepas masa latihan.


Roy bawak Sarah pergi jumpa kawan lama dia, Badrul. Badrul ni pembantu jurulatih masa Roy aktif main sepak takraw lama dulu. Badrul ni karakter tambahan. Takde pun diceritakan dalam komik. Mungkin nak jadikan episod Juwita ni lebih better, maka karakter Badrul yang jugak jurulatih team sepak takraw wanita diperkenalkan. 


Badrul pertikai kenapa Roy tak nak teruskan main sepak takraw walaupun pihak pengurusan masih perlukan dia. Tapi Roy masih rasa bersalah sebab team dia kalah lepas kapten diorang tarik diri.


Sarah tertanya-tanya gerangan kapten yang disebut-sebut Roy. Roy tetap rasa bersalah seba dia tak mampu ambil alih tugas kapten sampaikan team takraw diorang kalah dalam perlawanan.


Masa kat kompleks sukan untuk berlatih takraw, kebetulan ada team senior (SMK Bentara) yang berlatih jugak kat situ. Entah macam mana, Rizal tersepak bola takraw sampai mengganggu team senior tu. Tak pepasal dia teruk diperli.


Ali yang tak puas hati dengan team senior, mula cari pasal dan hampir bergaduh. Team senior cabar team Rizal untuk lawan sepak takraw. Team yang kalah tak dibenarkan datang berlatih kat kompleks sukan tu.


Macam dah diduga, team Rizal kalah. Roy dan Sarah datang ke kompleks sukan. Roy marah Rizal, Azman dan Ali sebab berlawan dengan team senior yang bakal jadi pihak lawan diorang dalam pertandingan peringkat negeri nanti. Roy risau yang team senior tu tahu cara untuk kalahkan team dia.


Rizal bagitau abang dia, Azlan situasi kat kompleks sukan tadi. Azlan bagi nasihat kat Rizal tentang kekalahan dan cabaran yang dia perlu hadapi dalam perlawanan sepak takraw nanti.


Roy rancang untuk adakan perlawanan persahabatan dengan team wanita. Rizal dan Azman mulanya tak setuju tapi bila Sarah cabar diorang, baru lah diorang setuju untuk join perlawanan tu.


Kat rumah, Sarah balik sambil bawak sebuah piala. Scene ni tak diceritakan secara teliti piala apa. Mungkin piala dari pertandingan mendeklamasikan sajak yang dia join.


Scene Sarah dan keluarga dia takde pun dalam komik Budak Takraw. Puas aku belek-belek komik, tetap tak jumpa. Mungkin penulis skrip drama ni nak tambah scene atau kembangkan karakter Sarah supaya penonton lebih faham situasi Sarah. Ye lah kan. Pelik jugak kenapa Sarah ni berkawan dengan budak-budak lelaki dan bukan budak perempuan. Masa zaman sekolah, selalunya budak macam ni mesti ada problem kat rumah.


Azman tekun ulang kaji tentang sepak takraw sebab dia risau team dia kalah bila berlawan dengan team sepak takraw wanita.


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Roy inform Badrul supaya belasah team dia habis-habisan supaya team dia tahu kat mana kedudukan diorang yang sebenarnya.


Pusingan pertama, team Rizal kalah teruk. Disebabkan perbezaan mata yang cukup memalukan, Rizal, Azman dan Ali mula langkah diorang untuk bangkit dari kekalahan. Hasilnya, diorang menang dalam pusingan kedua. Roy terkejut dengan kebangkitan team dia yang kalah teruk dalam pusingan pertama tadi. Scene ni agak cliché. Nak tunjuk bahawa kebangkitan bermula dari kekalahan gitu.


Sarah cukup gembira ayah dia balik awal untuk raikan kemenangan dia dalam pertandingan mendeklamasikan sajak. Sebagai balasan, mak dia masak makanan kegemaran Sarah.


Ayah Azman masih lagi berkeras tak bersetuju Azman terus main takraw. Scene ni tak diceritakan secara details apa yang berkalu sebenarnya. Aku suspek mungkin kes team dia agak goyah masa berlawan dengan team wanita hari tu, Azman mula risau untuk bertanding kat peringkat negeri nanti.


Kat bengkel, Roy terkejut dengan kehadiran Azlan. Rupa-rupanya kapten yang dia selalu sebut tu adalah abang Rizal iaitu Azlan!

Bersambung episod 6.

Post a Comment

2 Comments