Result SPM dah keluar haritu. Sekarang ramai dah bakal student IPT mula kemas beg untuk daftar buat pertama kalinya ke tempat belajar masing-masing.
Ada yang dapat masuk matrikulasi, ada yang dapat masuk asasi, ada yang dapat masuk institut kemahiran. Ada yang masih menunggu result, ada yang pening nak pilih tempat belajar sebab dapat banyak tawaran uolls!
Semoga bakal pelajar ni belajar betul-betul. Dah tak boleh relaks macam zaman sekolah. Banyak cabaran bila masuk ke alam IPT.
Masuk alam pekerjaan
Bila dah tamat belajar nanti, semua akan masuk ke fasa kedua iaitu alam pekerjaan.
Ada graduan yang belum konvo dah dapat tawaran kerja. Ada graduan yang bertahun-tahun tanam anggur, anggurnya masih belum berbunga, apatah lagi berbuah. Ada graduan yang kerja sana-sini tapi dicaci sebab kerja tak setaraf dengan kelulusan belajar.
Pernah jugak aku terbaca. Katanya graduan yang kerja part-time dicop menganggur. Mungkin diorang nak graduan ni ada kerja tetap baru lah tak dicop menganggur. Pelik lah aku bila tahu benda-benda macam ni.
Bertahun-tahun masih belum berpeluang untuk kerja bawah orang. Nak bekerja sendiri, bukan mudah. Zaman now, usaha pun belum tentu cukup kalau takde modal dan populariti. Ini fakta, bukan auta. Kalau ada pun, berapa kerat je yang betul-betul berjaya.
Jangan pertikai rezeki orang
Pesan aku, bila ada orang yang belum dapat kerja tetap atau tak berpeluang untuk bekerja, jangan lah kita pertikai. Rezeki kita tak sama. Sangat tak sama. Takkan pernah sama!
Aku suka baca kenyataan yang aku jumpa dalam FB ni. Mungkin bagi mereka yang tamat belajar terus dapat kerja, takkan pernah faham ke-struggle-an seorang insan yang bernama graduan.
Orang tak duduk kat tempat kita. Diorang takkan tahu apa yang kita alami. Bila graduan tak kerja, mula lah dicop malas. Sedangkan diorang tak pernah tanya pun kenapa graduan tu tak kerja.
Berlambak kot kerja. Buat lah Grab, buat lah Foodpanda. Itu lah ayat yang biasa kita dengar. Walhal diorang yang suka cakap kosong ni tak pernah tahu bukan mudah nak cari makan dengan semua ni.
Usaha? Diorang tahu ke yang graduan tu usaha ke tak? Ada graduan yang tak henti-henti usaha nak cari kerja. Buat kerja ni, sangkut. Cuba lagi kerja lain. Pun sangkut. Tetap diorang usaha dan tawakal dengan segala apa yang bakal berlaku kemudian hari.
Ada graduan yang buat further study lepas berjaya genggam degree. Ada graduan yang buat further study lepas berhenti kerja. Ada graduan yang masih mencari-cari kerja sesuai walaupun berjaya dapat PhD. Pernah kita tanya sebab apa? Apa yang kita buat? Mengata, mengutuk terbiasa dalam diri. Pertikai orang sana sini walaupun dah dapat PhD tapi tak kerja-kerja.
Letak diri kalian dalam situasi orang lain
Mat Saleh kata, put yourself in someone else's shoes. Letakkan diri anda dalam kasut orang lain. Haa. Camtu lah bila translate ke BM. Maksudnya, sebelum kita pung pang pung pang duk pertikai kenapa graduan tu masih belum dapat kerja (tetap atau tak), cuba selami masalah orang tu dulu. Kalau dibantu, takpe lah jugak. Ni tak, asyik pertikai rezeki orang.
Alangkah baiknya kalau ubah mindset tu. Ya. Rezeki Allah luas. Tak dinafikan. Tapi tak semua orang bernasib baik. Ujian pun tak sama, apatah lagi rezeki. Perjalanan hidup kita pun tak sama. Buang rasa iri hati dan jernihkan hati. Kalau berpeluang, cuba bantu graduan yang memerlukan. Jangan sesekali pertikai rezeki orang dan usah lebih sudu dari kuah.
8 Comments
Rezeki masing2 Allah dah tentukan
ReplyDeleteTapi kenalah berusaha
Betul tu Wak.
DeleteRezeki setiap orang tu dah tertulis sebelum dia lahir ke dunia lagi. Yang hidup senang tak perlu nak persoal rezeki orang susah, entah2 dalam rezekinya tu sebenarnya terselit rezeki orang susah tu.
ReplyDeleteItu lah. Tak semua yang senang tahu pasal tu. Mungkin sebab tu kot seronok kecam orang. 😅
DeleteSetiap orang lain jalan cerita dan rezekinya. Yang pastinya kalau berusaha tapi dapat hasilnya.
ReplyDeleteTepat sekali. 😃
DeleteBetilul itu. Cara dapat rezeki berbeza.
ReplyDeleteKann. Kesian bila dengar luahan graduan sekarang.
Delete