Promo ni tak silap aku, bermula awal tahun ni. Excited betul aku bila jumpa pek ni kat kedai. Terus aku rembat sepaket. Sebab aku rasa pek ni macam sesuatu yang unik.
Apa yang uniknya? Kat luar pek ni, ada gambar Monster iaitu maskot Mamee Monster. Design Pek Retro ni diambil daripada pek lama yang pernah diorang hasilkan pada 1970-an.
Sebenarnya tak semua perisa wujud masa tu. Mungkin hanya perisa ayam dan BBQ je yang wujud. Perisa pedas dan black pepper baru lagi.
Katanya pek ni dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd iaitu mendiang Datuk Pang Chin Hin yang meninggal dunia pada November 2022.
Variasi sticker dalam Pek Retro. |
Selain design pek yang cukup retro tu, dalam pek ni ada diselitkan sticker percuma. Ada 12 sticker kesemuanya. Setiap satu Pek Retro akan ada satu keping sticker. Menarik kan?
14 Comments
Sangattt Nostalgia! Cepat habis mungkin edisinya yang sangat terhad. Untunglah sapa yang dapat beli.
ReplyDeleteTerhad gamaknya. Tu sebab tak lama promosi dia.
DeleteDulu2 pernahlah makan mamee monster ni
ReplyDeleteSekarang pun boleh lagi Wak.
DeleteWahh lama Cuya tk makan mamee...
ReplyDeleteBtw Cuya follower baru disini. Salam kenal!
Terima kasih follower baru. Salam kenal.
DeleteEh x perasan pulak padahal setiap bulan mesti ada beli pek mamee monster utk anak² tp mmg KLMJ lah gambar ni
ReplyDeleteKann. Kadang memang tak perasan sebab promo Mamee sekejap je.
DeleteAlamak, dah habis lah pulak. Kalau ada lagi boleh jugalah membeli. Nostalgia sungguh mamee monster ni.
ReplyDeleteItu lah. Dah tak jual dah sekarang.
Deletealahh tak sempat apa2 da habis pulakkkk 😂😂😂
ReplyDeleteSaya konon nak kumpul sikit-sikit tapi tak sempat. Promo tamat.
DeleteDulu mak tak bagi makan serbuk dia haha
ReplyDeleteSama lah. Tak elok dimakan selalu.
Delete