Pengalaman ke Pesta Buku Kelantan 2023.


Bagi penggemar buku fizikal, pesta buku antara event yang sentiasa dinanti-nantikan. Kenapa? Sebab dalam pesta buku, akan ada macam-macam sales, promo, buku terbitan khas sempena pesta buku, merchandise, aksesori dan macam-macam lagi yang tak mampu difikir dek akal.


Pesta Buku Kelantan 2023 (PBK2023) merupakan pesta buku terbesar yang ada kat Kelantan. Selalunya SMO Bookstores yang manage. Setiap kali aku bukak FB atau medsos untuk cari info pasal PBK ni, mesti ada caption dan gambar yang memuji kehebatan dan keseronakan pesta buku ni.

Ni kali pertama aku pergi ke PBK. Kali ni diorang buat kat Mydin Mall Tunjong. Aku sebenarnya tak expect apa-apa pun. Cuma aku harap pesta buku ni ada jual buku yang aku nak sangat beli. Tapi sangkaan aku meleset. Sekurang-kurangnya bagi aku lah. Orang lain aku tak tahu. Tak sempat nak interview. 😆

Pintu masuk PBK2023.

Peta lokasi booth.

Aku datang dalam pukul 9 pagi. Kat sini, banyak jugak lah syarikat buku yang ada. Dari komik sampai lah buku-buku latihan sekolah. Nak kata besar, takde lah besar mana. Tapi masih boleh dikategorikan sebagai besar kalau nak dibandingkan dengan Big Bad Wolf yang pernah ada kat Kelantan tak lama dulu.

Sebelum pukul 11 pagi dah ramai orang.

Budak-budak nak buat show tu.

Aku macam biasa lah, cari komik. PBK ni ada kat tingkat 2. Betul-betul depan litar go-kart bebudak. Masuk pintu utama, ada barisan booth syarikat yang jual komik. Gempakstarz ada kat paling hujung barisan tu.

Tapi aku cukup kecewa. Komik yang aku nak beli, takde. Kebanyakan komik yang dijual kat sini, komik-komik keluaran lama. Tak up-to-date kata orang. Komik baru hanya ada beberapa bijik je (Lawak Kampus 46 dan Lawak Ta-Paw!), selain novel Suzume yang aku kira dah outdated.

Suzume dah outdated.

Antara komik terbaru.

Melilau mata aku cari komik Le.Gardenie: Love Note. Takde. Aku cari komik Fistlogic, takde. Aku cari komik RED RAiN takde. Komik Under 18 pun takde. Apatah lagi Popcorn: Fiksi Distopia yang baru je terbit minggu lepas. Harus lah takde. Padahal semua komik ni antara komik yang jadi rebutan ramai. Senang cakap, majoriti komik-komik baru terbit, takde kat sini. Aku tak pasti sebab apa.

Aku terfikir, Gempakstarz tak buat kerjasama ke dengan pesta buku ni? Sebab bermula dari teaser PBK2023 sampai lah setakat entri ni ditulis, tak pulak aku jumpa mana-mana post dari medsos atau official page Gempakstarz yang iklankan atau promote booth Gempakstarz kat pesta buku ni.

Booth PTS.

Lepas tu, aku pergi ke booth PTS. Aku boleh puji booth ni. Banyak buku terbaru yang diorang jual. Updated gitu. Booth pun besar dari booth lain. Nasib baik komik yang aku nak, ada kat booth ni. Kalau tak, menangis lah kat bucu katil.



Booth PTS satu-satunya booth yang aku beli buku. Booth lain nampak suram tak bermaya. Padahal waktu macam ni lah boleh naikkan banner, POP, bagi poskad, poster, bookmark dan lain-lain sebagai tanda ingatan pengunjung berjaya jejakkan kali ke pesta buku.

Apa yang menarik dari POV aku?


Diskaun. Tu je lah yang aku jumpa. Buku-buku yang dijual kat sini, dapat diskaun 15% tak termasuk buku harga lelong. Dengan syarat, kena lah jadi ahli SMO Bookstores. Kalau tak, takde diskaun.

Staf kat sini sangat membantu. Dari staf yang jaga buku sampai lah cashier. Semua baik dan sopan. Masa aku ambil komik Asil dan nak terus bayar kat cashier, segan pulak rasanya. Sebab aku kan datang awal. Jadi takde siapa lagi yang pergi bayar. Akak-akak cashier semua memandang. Maka aku pusing lah lagi satu pesta buku tu untuk lengahkan masa.

Ini je yang mampu beli.

Setiap pembelian RM10 layak untuk join cabutan bertuah yang diadakan pada hari terakhir pesta buku. Sebabkan aku beli komik lebih RM20, aku mintak cashier buat dua resit.

Masa nak isi slip cabutan bertuah, aku dapat dua free gift: diary planner dan satu set alat geometri. Staf tu cakap satu resit tu akan dapat satu free gift. Jadi aku ambil lah dua terus. Mungkin free gift ni untuk pembeli terawal. Masa aku kat situ tadi, tinggal berapa je free gift tu.

Free gift.

Cuma yang tak best, kebanyakan harga buku, novel atau komik kat sini tak mesra murid sekolah. Aku terfikir, cukup ke duit murid nak beli buku cerita atau komik kat sini? Aku yang remaja purba ni pun asyik duk buat kira-kira buku apa yang nak dibeli.

Masa kat luar, aku perhati. Ada seregombolan murid lelaki (dalam 20 orang) jalan kat luar Mydin. Sekolah buat lawatan. Seramai-ramai murid tu, hanya dua orang je yang pegang plasik pesta buku. Yang lain jalan dengan tangan kosong. Dalam hati aku, diorang tak berminat nak beli buku atau takde duit? Sebak pulak rasa.

Post a Comment

6 Comments

  1. Harga buku2 sekarang tak mesra pelajar agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Walaupun konten mesra pelajar tapi harga tak mesra pelajar.

      Delete
  2. Buku pon makin lama makin mahal.
    Yang berkemampuan je mampu beli.
    ataupun memang diorang tak suka buku? hermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya ingat saya sorang je perasan. Selalu alasan diberi adalah kos cetakan yang tinggi. 😌

      Tak pasti diorang tak mampu beli atau tak suka buku. Bagi saya, selalunya event macam ni, kalau saya on budget, akan cari cenderamata macam keychain atau bookmark. Tapi semua tu nan hado.

      Macam kat PBAKL, ada booth cenderamata yang dijual dengan harga mampu beli. Student ramai yang berkerumun situ. Sekurang-kurangnya kalau tak mampu beli buku, dapat lah jugak beli cenderamata sebagai kenangan.

      Delete
  3. Wah.. Heavennya kalau dapat pergi.. raya buku ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang suka buku memang akan pergi tempat macam ni. 😁

      Delete