Best jugak drama Korea My ID is Gangnam Beauty.


Aku jarang layan drama Korea sekarang. Kalau ada pun, bukan lah tiap-tiap hari. Dulu masa zaman muda remaja, hampir setiap hari aku tengok. Banyak masa lah katakan.

Baru je aku tengok episod akhir My ID is Gangnam Beauty kat TV3 hari Rabu, 23 Ogos lepas. Sekarang TV3 tayang drama Korea waktu malam. Takde dah petang-petang macam zaman Winter Sonata.

Kesnya aku tertengok si Cha Eun Woo dalam drama ni. Nak tahu jugak kenapa lah ramai sangat orang minat dia ni. Best ke lakonan dia? Setahu aku, dia ni idol kumpulan Astro je. Lagi satu, beberapa bulan lepas, penuh jajan Mister Potato dengan muka dia kat kedai runcit, 7e dan pasar raya.


Maka, aku pun layan lah episod 1 malam tu. Not bad lah lakonan dia walaupun dialog dia sepanjang drama tu boleh bilang dengan jari. Mungkin watak dia yang cold dalam drama ni buatkan peminat dia suka.

Ni heroinnya, Kang Mi Rae.

To cut short, My ID is Gangnam Beauty ni kisah pasal perempuan yang kera sumbang. Bukan sebab sombong tapi sebab muka dia yang dikatakan hodoh sehinggakan takde siapa yang nak kawan dengan dia. Sampai lah sebelum masuk universiti, dia operate muka dia supaya jadi cantik. Sejak dari tu, ramai yang suka dan berkawan dengan dia.

Drama ni ada 24 episod yang TV3 tayang. Lepas tengok episod 1, terus aku layan sampai tamat. Nak kata ceritanya terlalu best, takde lah sampai tahap macam tu. Sebab konflik dalam cerita ni biasa-biasa je. Masalah muda remaja yang baru nak up. BBNU gitu. Cuma point yang nak disampaikan tu jelas dan bermakna: setiap orang ada sebab tersendiri untuk operate muka.


Tapi kita yang Muslim ni jangan lah pulak saja-saja nak pergi klinik untuk operate muka tanpa alasan yang kukuh di sisi Islam. Hukumnya haram tau ubah ciptaan Tuhan secara kekal.

Plus, bagus TV3 ni. Boleh upah gula-gula. Kalau ikut versi asal, drama ni ada babak kissing yang obvious. Muah muah gitu. Tapi babak tu dipotong. TV3 tak tunjuk yang aku kira bagus sangat. Tak elok kalau bebudak tengok.


Kebetulan Mamee ada buat promo bagi free gift buku nota Cha Eun Woo ni. Aku pun dapat lah 2 buah. Nak guna tak? Macam sayang je. Dah lah susah nak dapat. Limited edition lah katakan. Ada sesiapa yang nak? Ke nak buat giveaway nanti ni? 😆

Post a Comment

10 Comments

  1. Bolelah bagi Cuya buku nota tu, Cuya suka buku nota 😂

    Giveaway pon boleh, nnti bole attract org singgah sini

    ReplyDelete
  2. review drama ni katanya best, tapi masih lagi belum sampai seru nak tengok. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikategori sebagai best. Tak bosan dan cerita tak meleret-leret.

      Delete
  3. belum tenhok lagi sebab, ingatkan tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sebenarnya. Sekali-sekala tengok drama konflik remaja menarik jugak. 😄

      Delete
  4. tak penah tgk lagi citer ni.. CEW tu mamtgk dia kat master in the house variety show best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. TV3 ada tayang variety show tu petang-petang.

      Delete