Massimo Divino Cream Rolls. Roti berkrim terbaru dari Massimo?


Hari ni singgah kedai runcit. Nak beli telur ayam je tapi terbeli pulak roti berkrim. Aku memang macam ni. Kalau pergi pasar raya atau kedai runcit, wajib belek-belek roti. Kalau ada yang berkenan, aku beli.

Hari ni ada roti baru tersadai kat rak roti. Jenama Massimo. Packaging lawa. Sangat stylo dan comel. Dengan gabungan warna yang cukup vibrant. Pandai ek diorang buat packaging macam ni. Berjaya tarik perhatian customer macam aku ni.

Ada 2 jenis. Aku beli kedua-dua perisa tu. Satu perisa Chocolate Hazelnut dan satu lagi perisa Hami Melon. Memang aku tak beli banyak. Beli sebab nak rasa. Kalau sedap, aku singgah beli lagi. Tak jauh pun kedai runcit tu.

1. Perisa Chocolate Hazelnut



Kombinasi 2 perisa ni macam pelik sebab selalu jumpa roti coklat dengan kacang tanah. Tapi sebenarnya tak pelik pun. Ada je serbuk air 3 in 1 yang buat perisa campuran macam ni. Tak silap aku, Cadbury pun ada buat gabungan rasa coklat dan hazelnut.

Krim dalam roti ni nampak cantik dan penuh. Rasa coklat tu sangat kuat sebenarnya. Lagi kuat dari rasa kacang hazelnut. Aku agak nisbah coklat dan hazelnut tu 2:1 tapi secara keseluruhannya, roti ni sangat sedap. Ala rasa roti berkrim kopi gitu.

2. Perisa Hami Melon



Yang ni perisa buah Hami melon. Lebih tepatnya golden Hami melon. Untuk yang tak pernah rasa Hami melon, boleh lah cuba roti ni. Rasa krim dalam roti tu sebijik rasa buah Hami melon. Manis berkrim. Tapi Hami melon tu apa pulak?

Gambar credit The Roaming Fork.

Hami melon ni buah melon yang asalnya dari China. Lebih kurang macam rock melon tapi Hami melon ni bujur. Rasanya lebih kurang sama je. Mungkin peminat melon dapat bezakan dengan detail rasa kedua-dua melon ni.

Menjadi jugak lah produk terbaru Massimo ni. Walaupun harga agak mahal untuk sebungkus roti berkrim iaitu RM1.40 tapi kira berbaloi sebab rasa krim dan roti tu sendiri dah cukup premium. Kalau zaman aku study ni, roti macam ni budak-budak have-have je yang makan. 😆 

Post a Comment

3 Comments