Pengalaman pertama kali masuk Kinokuniya KLCC.


Sebelum puasa hari tu, aku ada pergi Kinokuniya. Kat KLCC. Punya lah semangat aku pergi sana. Sebab nak buat kad ahli yang limited edition. Gambar anime Suzume.

Aku dapat tahu pasal kad special ni dari FB rasmi Kinokuniya. Waktu tu kan tengah trending filem Suzume kat Jepun. Kat Malaysia bakal tayang beberapa hari lagi sebelum aku ke Kinokuniya.

Buat bajet


Memandangkan aku dari Putrajaya, aku plan ke sana naik public transport je. Dari stesen ERL Putrajaya sampai lah kat KLCC tu.


Aku buat kira-kira dulu sebelum pergi. Sebab kalau boleh, nak jimat. Public transport pun bukan murah ye sekarang. Awalnya plan nak naik bas ting tong tapi cancel sebab risau lambat sampai.

Pergi ke Kinokuniya

Laluan Harga
GrabCar rumah - ERL P Sentral RM11.00
ERL P Sentral - ERL KL Sentral RM14.00
LRT KL Sentral - LRT KLCC RM4.20
Total RM29.20

Balik dari Kinokuniya

Laluan Harga
LRT KLCC - LRT BTS RM4.20
ERL BTS - ERL P Sentral RM8.00
Maxim P Sentral - Rumah RM9.50
Total RM21.70

Masa nak ke KLCC tu, aku naik ERL terus ke KL Sentral. Sebab nak cepat. Risau kalau lambat sampai sana, poster Suzume habis. Tang balik takpe walaupun lambat. Aku naik LRT dari KLCC ke BTS sebab lagi murah kos perjalanan.

Sesat


Aku sampai kat LRT KLCC. Malu betul waktu ni. Entah macam mana aku boleh sesat. Lepas keluar dari LRT tu, aku terus masuk ke dalam sebuah mall. Aku tak tahu mall apa. Main masuk je. Aku cari Kinokuniya kat tingkat 4. Tapi bila aku sampai kat tingkat 4, kosong je. Rupa-rupanya aku tersalah masuk mall. Ni bukan Suria KLCC tapi Avenue K Shopping Mall!

Satu hal nak kena turun semula. Sampai kat tingkat bawah (Level C), aku tanya cashier Village Grocer. Kata dia, ada laluan satu lagi nak ke Suria KLCC. Nasib baik dia tak tahu aku sesat! 😂

Bila dah jumpa laluan tu, aku pun terus ikut segerombolan manusia. Diorang macam nak ke Suria KLCC jugak. Tak lama lepas tu, nampak kelibat mall. Lega. Kali ni aku yakin yang aku tak salah jalan.

Terus aku naik ke tingkat 4. Guna escalator je. Tak risau berebut sebab tak ramai pun kat belah sini. Mungkin aku datang bukan hari weekend kot. Sebab tu tak ramai orang.

Dah sampai


Dari jauh dah nampak Kinokuniya. Aku tahu sebab dalam FB, dinding depan tu diorang tampal gambar besar Suzume. Penuh satu dinding Kinokuniya tu. Aku apa lagi, dengan excited nya terus masuk dalam kedai buku tu.


Masuk je sini, mata aku tertumpu kat himpunan novel Suzume. Aku terus pergi kat situ dan ambil satu novel sambil baca sinopsis kat belakang novel tu. Menarik. Tak sabar nak baca bila berjaya pegang novel tu.



Novel Suzume terbitan Gempakstarz ada dua versi: Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Waktu aku datang sini, hanya ada dalam versi Bahasa Cina. Versi Bahasa Melayu dah sold out. Cepat betul kan? Masa aku pergi Popular pun, staf sana cakap novel Suzume versi Bahasa Melayu dah sold out.

First impression


Mulanya aku masuk pintu depan Konokuniya, aku ingatkan kedai ni kecik je. Sebab aku perasan kawasan depan tu dah banyak buku. Tapi bila aku pergi belah belakang, terkejut dan terasa jakun pulak diri aku ni.

Tak sangka Kinokuniya ni sangat lah besar. Mungkin 15 - 20 kali ganda lagi besar dari kedai buku Popular dan MPH yang aku pernah masuk.



Dalam Kinokuniya, ada banyak bahagian. Ada bahagian komik Gempakstarz, komik English, manga Jepun, aksesori dan cenderahati, buku-buku pelbagai bahasa dan banyak lagi lah. Sampaikan aku pening nak tengok buku mana satu. Maklum lah Kinokuniya KLCC ni satu-satunya Kinokuniya yang ada kat Malaysia. Harus lah besar dan banyak buku.



Suka aku tengok budak-budak yang masuk sini. Semangat diorang baca buku sambil duduk kat tepi-tepi rak buku. Sekurang-kurangnya staf yang ada kat situ tak marah-marah sebab baca buku tanpa bayar. Ye lah. Sesetengah kedai buku tak benarkan customer baca buku sebelum bayar.

Harga


Kinokuniya ni banyak jual buku import dari seluruh dunia. Jadi harga buku dan aksesori agak keras. Lagi-lagi manga Jepun. Jangan expect nak jumpa harga rahmah.



Novel English yang aku tengok pun, semua harga mampu tengok. Bagi aku lah. Sebab aku beli buku pun bukan ikut kehendak. Beli bila perlu dan kalau terasa mahal, aku takkan beli. Bukan tak support tapi tak mampu. Lain lah bagi free kan?

Monitor untuk check buku


Kat sini, ada jugak satu monitor. Macam touch screen kat McD tu. Kedai buku besar selalunya ada macam ni. Kalau tak jumpa cari buku yang kita nak, boleh cari lokasi buku dalam sistem kat monitor ni. Mudah dan jimat masa. Lepas dah jumpa, boleh pergi terus ke rak buku yang betul.

Tak sempat pulak aku nak snap gambar monitor tu. Tapi rasanya boleh imagine kan rupa monitor tu macam mana. Saiz macam desktop komputer je tapi jenis touch screen.

One stop center untuk penggemar buku fizikal


Selain buku international, buku lokal pun banyak. Sangat banyak sebenarnya. Komik, majalah semua ada. Novel pun banyak. Peminat novel kalau singgah sini memang berjam-jam lah jawabnya nanti. Sebab macam-macam pilihan yang ada. Jadi, bila dah masuk sini, tak perlu susah payah nak pergi ke kedai buku lain.



Macam aku, aku nak cari komik tempatan. Kat sini ada komik keluaran Gempakstarz, PTS, Komik-m, terbitan indie dan banyak lagi. Sampai rambang mata sekejap.



Dulu aku ingatkan Kinokuniya ni kedai buku mahal yang jual buku international je. Tapi bila masuk sendiri dalam kedai ni, tanggapan aku tu terus hilang. Sebab buku lokal pun banyak.

Diskaun kad ahli


Bila jadi ahli, dapat diskaun 10% pembelian barang. Lebih kurang macam majoriti kedai buku lain. Tapi paling best Kinokuniya ni, ada kad limited edition. Waktu aku ke sini, ada promo kad Suzume. Harus lah aku nak kan?


Terus aku jadi ahli. Daftar kat kaunter tu jugak. Tapi harga cukup keras untuk ahli baru nak dapatkan kad ni. RM38 untuk satu kad. Kalau sebelum ni dah jadi ahli, tak silap aku kena bayar RM3 je. Untung lah kan?

Berbaloi ke datang Kinokuniya?


Sangat berbaloi. Masing-masing ada minat dan selera tertentu kan? Memang lah harga buku, majalah dan aksesori kat sini sangat keras, tapi kalau pandai pilih, boleh jumpa harga mampu beli.

Item Harga
Kad ahli RM38.00
Novel Suzume RM22.50
Total RM57.50

Aku beli barang kat situ pun tak banyak. Just buat kad ahli dan beli novel Suzume. Tapi penglaman berada sendiri dalam Konikuniya ni sangat lah berharga.


Lama jugak aku dalam kedai ni. Dekat dua jam. Tu pun rasa tak cukup masa. Sebab nak usha buku apa yang menarik. Kalau ada, boleh kumpul duit siap-siap dan next time datang sini, terus beli atau boleh order online.

Post a Comment

12 Comments

  1. Tak pernah jugak masuk Kinokuniya KLCC ni.. tapi bila baca ni dapat bygkan besarnya camne..

    ReplyDelete
  2. Comel Anime Suzume ni. Gigih tu ke Kinokuniya. Pernah masuk sini sekali je masa study dulu. Itupun orang bawa. Kalau tidak sesat juga. Tapi memang puas hatilah datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Puas hati datang sini. Kalau bawak anak kecik masuk sini, kena selalu alert. Boleh hilang dibuatnya nanti.

      Delete
  3. Cuya dah lama tak pergi kedai buku fizikal.
    Takde sape nak bawa, nak pergi sendiri? Herm jangan haraplah..
    Memang tidak akan diizin parent. uhuks
    so Cuya beli online je setakat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Online pun berbaloi tapi sejak kurier buat hal sampai rosak buku, saya dah kurang beli buku online.

      Delete
  4. Memang best masuk Kinokuniya ini.. Rasa hilang masa bila duduk dalam ini.. Tak sedar seba dikelilingi pelbagai jenis buku.. Sha tak baca novel dia tapi Sha dah tengok filem dia.. best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Punya lah banyak buku dalam tu. Dapat tengok dan cium bau pun dah excited.

      Katanya kena baca novel sebab filem tu tak cukup detail.

      Delete
  5. saya berharao= boleh juga sampai ke Kinokuniya suatu hari nanti

    ReplyDelete