Ben Ashaari masuk TV.


Tengah hari semalam masa duk depan TV, aku tukar channel ke TV1. Selalunya TV1 banyak rancangan kanak-kanak. Nak relaks sikit minda ni. Tapi ada rancangan lain. Citarasa Medika. Pasal masakan.

Rancangan ni Chef Fikree yang jadi hos. Rancangan masak untuk hasilkan menu sihat. Masa tengok tu, tetibe muncul blogger famous iaitu Ben Ashaari.


Tu first time aku tengok dan dengar dia bercakap. Selalu baca blog dia je dan gambar-gambar yang dia upload. Aku saspek episod yang aku tengok ni dah lama tayang. Sebab Ben dah pernah info lama dulu yag dia masuk rancangan ni.

Siapa tak kenal Ben Ashaari kan? Mungkin blogger baru tak kenal tapi blogger yang aktif circa 2009 - 2013, pasti kenal. Ben Ashaari ni salah sorang blogger yang cukup terkenal masa zaman kegemilangan blog, seiring dengan Lyssa Faizureen, Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Jejari Runcing, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Maria Elena dan banyak lagi lah.


Dulu zaman blog ni lagi hebat dari FB tau. Medsos macam IG dan Twitter baru nak up. Tak banyak features menarik berbanding blog yang boleh publish gambar, video dan ayat yang panjang termasuk lah boleh customize interface dan widget. Siapa yang membesar zaman emas blog, mesti tahu kehebatan blog waktu tu.

Bagus lah Ben Ashaari masuk TV. Aku selalu follow perkembangan dia dari zaman aku mula kenal blog (2010) lagi. Dari dia bujang sampai lah dah beranak pinak. Konten dia bersahaja tapi realisitik. Dan dia antara blogger famous yang masih aktif sampai sekarang. Kebanyakan blogger famous lain dah menyepi dari dunia blog tanpa kata lepas dah berkahwin dan ada anak.

Harapnya Ben Ashaari terus aktif berblogging walaupun sekarang zaman TikTok. Sebab konten dia sedikit-sebanyak beri aku inspirasi untuk aku jalani hidup dengan lebih bermakna. Cewah. Skema pulak ayat tu. 😆

Post a Comment

4 Comments

  1. dulu2 rajin jg baca blog Hanis Zalikha & mak dia...Ben Ashaari ni femes,. ramai blogger join circle dia..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Itu lah. Antara blogger yang masih aktif menulis.

      Delete