Blogger Fairus Mamat masuk TV Majalah 3.


Hari tu aku baca entri blogger Encik Fairus pasal temu ramah Majalah 3 untuk buat liputan pasal perpaduan kaum di Melaka. Dan beliau sendiri terlibat secara langsung dalam penggambaran tu.

Katanya episod Majalah 3 tu bakal bersiaran sempena Hari Kebangsaan 2023. Tapi tak sangka pulak malam tadi episod tu ditayangkan.

Majalah 3 malam tadi berkisarkan pasal Kulinari Warisan Harmoni. Ada 3 slot berbeza:
  1. Sejarah dan tinggalan peradaban empayar Melaka.
  2. Makanan warisan Melayu (kuih bakar).
  3. Migrasi etnik peranakan Cina dan India.

Segak betul Encik Fairus menerangkan fakta-fakta empayar Melaka. Firm dan sangat jelas. Terasa macam masuk muzium. Aku pernah sekali je masuk muzium negeri kat Terengganu. Tak silap aku masa darjah 5.


Bagi aku, episod Majalah 3 kali ni sangat menarik dan penuh info yang sangat berguna. Secukup rasa walaupun setiap slot durasinya tak panjang.

Macam kuih bakar tu. Tak sangka pulak aku wujudnya kuih bakar siap ada inti ayam dan daging. Selalu aku jumpa ada bijan je kat atas kuihnya.

Menggugat selera betul semua jenis kuih bakar ni.

Kuih bakar ni kalau jumpa yang sedap, boleh sampai licin jari aku jilat. Tak tinggal sisa dah. Tapi kalau makan yang tak sedap, terus jadi rezeki ayam dan itik je lah. 😆

Post a Comment

20 Comments

  1. alamak..terlepas 2 slot...sempat tengok slot 3 je, ttg chettiar & baba & nyonya...menarik majalah 3 semlm..

    ReplyDelete
  2. terlepas gak majalah tiga ni aritu..

    ReplyDelete
  3. menarik tu.. nanti boleh cari di apps tonton

    ReplyDelete
  4. tak sangka ada blogger Fairus masuk TV3...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana menonton. Kalau nak autograf beritahu la.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Kuih Bakar Kak Burok tu tak berapa jauh kedainya dengan rumah saya. Sedap kuihnya. Dibakar secara tradisional menggunakan arang dan sabut kelapa. Kalau datang silap masa beratur panjang. Ramai juga dah siap tempah awal²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah kedai dekat. Boleh singgah selalu tu. Kuih kalau masak cara tradisional, memang sedap.

      Delete
  7. Nanti nak tengoklah video tu, macam menarik pula.

    ReplyDelete
  8. Wah hebatnya Tuan Fairus Mamat keluar Majalah 3

    ReplyDelete
  9. wahhhh semakin melangkah ke hadapan nampaknya en fairus... hebat org melaka

    ReplyDelete
  10. waa tahniah fairus yg tak lelah mempromote tinggalah bersejarah dan kebudayaan

    ReplyDelete