Perisa terbaru Torta: gula melaka.


Lama sudah aku tak luang masa update enti blog ni. Busy memanjang. Tu pun masih sempat baca beberapa entri rakan blog yang ada. Macam ni lah dunia blog. Ada musim tu rajin yang amat. Ada musim tu nak bukak Blogger pun malas.


Hari ni kali kedua aku beli perisa terbaru Torta dari Massimo ni. Sebelum ni dah ada 2 perisa yang aku makan: strawberry yogurt dan ubi keledek. Untuk yang terbaru ni, Torta hasilkan perisa gula melaka. Opss! Macam agak lambat untuk masuk dalam list menu dan jajan berperisa gula melaka.


Tapi tak kisah lah kan? Yang pasti, perisa baru gula melaka ni memang sedap. Masa bukak pek ni, bau semerbak gula melaka menusuk hidung. Bila mula makan, rasa kek span ni seakan adik-beradik dia yang lain. Tapi bila dah telan, rasa tu memang confirm gula melaka. Sedap dan tahap kemanisan tu secukup rasa.



Harga kek span ni sama jugak macam perisa lain iaitu RM1.50 seketul. Selalunya kek span ni ada kat bahagian roti. Kalau pergi kedai runcit atau pasar raya, boleh cari kat bahagian tu. InsyaAllah jumpa. Kalau takde tu mungkin stok dah habis.

Post a Comment

2 Comments

  1. tak pernah nampak pun . tenkiu share at least tahu jugak massimo ni keluarkan roti flavour baru

    ReplyDelete