Smallville kembali. Kali ni kat TV2.


Ingat lagi entri aku sebelum ni yang aku ceritakan pasal drama lejen Smallville ni? Tak sangka pulak TV2 tayang setiap Ahad. Ke team TV2 baca entri aku? Sampaikan tetiba takde hujan takde ribut tayang Smallville.


Mesti generasi yang pernah layan Smallville kat TV3 dulu-dulu tu teruja. Bukan apa. Cerita ni sangat menggamit memori. Betul-betul nostalgik. Dari aku zaman sekolah rendah, sampai lah aku masuk universiti. Steady je ada kat TV.

Selepas TV3 tayang musim 7, TV9 pulak ambil cerita ni dan tayang dalam tahun 2013 sampai musim 8. Lepas tu diam je takde sambungan.

Tajuk: Smallville (Musim 1)
Jumlah episod: 21
Genre: Aksi, drama, pengembaraan
Bahasa asal: Bahasa Inggeris
Tarikh tayangan: 5 November 2023 - sehingga diberitahu
Waktu: Ahad, 8.00 malam
Siaran TV: TV2
Pelakon: Tom Welling, Kristin Kreuk, Michael Rosenbaum, Eric Johnson, Sam Jones III, Allison Mack, Annette O'Toole, John Schneider

Sinopsis


Kisah zaman remaja Clark Kent yang tinggal di kampung halamannya iaitu Smallville. Kisah bagaimana beliau menyesuaikan diri dengan kuasanya yang sedang berkembang sebelum menjadi Superman, percintaannya dengan Lana Lang dan persahabatannya dengan Lex Luthor. 


Tapi adakah TV2 akan tayang Smallville sampai musim ke-10 yakni penamat siri Smallville? Atau adakah TV2 bakal ikut jejak langkah stesen TV lain yang tayang separuh jalan? Nantikan. Sebelum tu, jom layan dulu lagu lejen Somebody Save Me ni dari Remy Zero.

Post a Comment

4 Comments

  1. rasanya dulu ada layan jg..yg dia simpan baju superman dlm beg sekolah dia...x ingat, x ingat..

    ReplyDelete
  2. mama la tu dulu yg rajin layan smallville. mmg best. mama suka mak ayah clark kent mmg penyayang dan hbungan sesama friends serta family diorg pn seronok tgk

    ReplyDelete
  3. ala..drama feveret CCL ni .dulu ingat lagi tayang kat tv 3 ..tiap jumaat 10 malam kalau tak silap .. memang takkan miss setiap episod

    ReplyDelete