Lama sudah aku menyepi dari dunia blogging. Bukannya aku tinggalkan terus. Cuma tak sempat nak taip entri yang berkualiti dek kekangan masa, selain beberapa bulan kebelakangan ni, aku asyik maraton cerita Digimon, Smallville dan Running Man.
Pagi tadi, singgah kubur Abah. Tak sangka dah setahun Abah pergi. Masih terngiang-ngiang kat telinga suara terakhir Abah yang mintak aku belikan ubat gastrik sebelum Abah lelapkan mata selamanya.
Kat sini masih musim tengkujuh. Selagi aku ada kat kampung, selagi tu aku akan ziarah kubur Abah dan titipkan doa untuk Abah. Kalau tak hujan, aku akan datang sambil bersihkan kawasan kubur Abah.
Entah. Setiap kali aku tengok air hujan yang turun mencurah dari atap rumah, aku akan teringatkan Abah. Mungkin sebab Abah pergi masa musim tengkujuh. Perasaan sebak tu ibarat lebatnya turun air hujan. Semoga Abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di syurga nanti. Amin.
8 Comments
Inalillahi wainailaihi rajiun
ReplyDeleteاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Genap setahun juga arwah abah saya pergi, pada 18 Disember 2022.
Selang sehari je tu. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman di syurga nanti.
Deleteal-fatihah
ReplyDeleteAmin. 🤲
DeleteAl-fatihah. Semoga arwah Abah awak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
ReplyDeleteAmin. Terima kasih atas doa.
Deletecantik kubur arwah.. al fatihah.. Ayah sy pun dah tak dak Nov 2021..
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak. Takziah jugak. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Delete