Saat yang paling best bila tanam pokok, harus lah pokok tu membesar dengan subur. Mulanya aku tak yakin nak tanam pokok. Dulu masa kecik, aku pernah tanam pokok kacang botor tapi sekejap je hidupnya. Lepas tu, malas lah nak tanam apa-apa pokok.
Tahun lepas, aku mula tanam pokok kat laman rumah. Kebanyakan aku beli benih dari Shopee. Kadang guna benih yang aku beli sayur atau buah kat pasar raya.
Mulanya payah nak bercambah benih yang aku tanam. Aku saspek aku ni tangan panas. Tapi bila fikir balik, semua tu tahyul. Takde istilah tangan panas. Yang ada hanya lah salah pilih kualiti benih, tahap kualiti medium semaian, cuaca sekitar dan banyak lagi lah punca benih atau pokok tak hidup.
Lepas guna medium semaian yang betul, baru lah tumbuh elok segala mak nenek benih yang aku beli. Ada yang cepat tumbuh, ada yang lambat. Bergantung kepada jenis tumbuhan. Macam pokok roselle dan bendi, antara tumbuhan yang paling cepat tumbuh dari benih. Ciku setakat ni paling lama untuk bercambah.
Setakat beberapa bulan ni, pokok yang aku tanam dah mula keluarkan bunga. Bunga sulung. Ni antara pokok yang sempat aku ambil gambar. Pokok lain tak sempat.
Bunga lantana camara
Beberapa bunga mekar kat satu dahan. Satu dah selamat berbuah. |
Pokok ni aku beli kat Shopee. Keratan batang. Senang nak jaga. Jangan biarkan tanah kering. Kalau tak, pokok ni paling mudah layu. Usianya tak silap 5 bulan. Bau keseluruhan pokok ni sangat tak nyaman ye. Sebab tu ada yang panggil bunga tahi ayam. Dikatakan daunya bersifat antiseptik yang boleh digunakan untuk rawat luka. Tapi hati-hati. Buahya beracun.
Bunga cosmos
Jarang aku nampak bunga tahi ayam kelopak macam ni. |
Aku panggil bunga ni bunga tahi ayam sebab baunya sangat memualkan. Aku beli benih kat Shopee. Ada banyak jenis dan kelopak tapi warnanya ada 2 je yang aku semai. Kuning dan oren. Aku tanam sebab nak kurangkan populasi serangga perosak yang suka kacau pokok yang aku tanam.
Bunga melur India (Belle of India)
Wangi semerbak baunya. |
Aku beli kat Shopee jugak. Dalam polibeg. Harga dalam belasan ringgit. Aku beli tahun lepas. Masa beli tu, pokok ni kecik je. Lepas beberapa bulan, dah banyak daunnya dan bunga melur mula muncul. Baunya wangi. Dikatakan lagi wangi dari melur yang ada kat Malaysia.
Bunga telang
Semoga membesar dengan sihat. |
Aku dapat free je benih pokok bunga telang ni. Tak ingat dah seller Shopee mana yang bagi. Aku tanam beberapa biji dalam bulan November tahun lepas tapi yang tumbuh satu je. Pokok ni sangat gigih untuk terus hidup. Masih subur tumbuh walaupun anak pokok lama ditinggalkan dalam hujan.
Bunga ulam raja
Kesukaan lebah dan rama-rama ni. |
Antara pokok paling senang nak tanam. Tak perlu jaga rapi atau baja nanti pokok mudah mati. Pokok ni aku letak dalam polibeg dan siram air pagi dan petang. Usia pokok ni dalam 4 bulan. Dengar cerita kalau nak bagi pokok ulam raja tahan lama, tak boleh biarkan berbunga. Kalau nampak nak berbunga, kena terus cantas. Tapi ada 2 pokok yang aku biarkan berbunga sebab nak simpan benih.
Bunga roselle putih
Pemalu agaknya bunga ni. |
Sebelum ni aku ada tanam pokok roselle merah. Dah boleh buat air dah buahnya tu. Roselle putih ni aku baru tanam awal Disember tahun lepas. Dah berbunga pun. Tapi bunganya tak sempat nak ambil gambar waktu tengah mekar. Bila aku tengok dalam pukul 10 atau 11 pagi, bunganya dah kuncup.
Bunga limau kasturi
Pertama kali tengok bunga limau kasturi. |
Pokok limau kasturi ni aku beli kat Shopee. Baru je beli bulan lepas. Sekarang galak betul dia berbunga. Harap tak gugur lah buahnya. Nak merasa makan buah limau ni. Boleh buat teh o ais limau nanti.
Itu lah hasil tanaman aku yang tak seberapa. Ada banyak lagi pokok yang tunggu masa nak berbunga macam pokok jambu batu Lohan, jambu bertih, roselle candy stripe, kemunting, senduduk putih dan banyak lagi.
14 Comments
betul tu, lecture saya sendiri cakap takda istilah tangan panas. pandai tak pandai je nak jaga.. saya ni jenis bila jaga elok2 taknak hidup, kita campak macam tu je benih dia hidup pula..
ReplyDeleteKann. Kadang kalau campak dan tak jaga, elok pulak pokok tu membesar.
DeleteBetul tu, tak ada istilah tangan panas. Kena ada ilmu pasti menjadi. Seronoknya kalau tanaman menjadi. Baru tahu ada bunga roselle putih. Pernah tanam bunga telang dan pokok limau tak tak hidup lama. Mungkin sebab keadaan di bandar ni kurang sesuai agaknya.
ReplyDeleteMungkin persekitaran yang jadi punca jugak. Kadang ada pokok yang terlalu cerewet. Dibelai manja tapi tak nak jugak hidup.
Deletefirst time tengok lantana camara.. cantik bunganya..
ReplyDeleteBunganya cantik. Ada macam-macam warna. Setakat ni, baru tanam 1 warna.
Deletecantik² bunganya warna-warni... mmg suka bunga yg kecik² macam ni... kalau cukup 7 jenis boleh buat mandi bunga.. hehehe... gurau je
ReplyDeleteBoleh mandi bunga ni. 😆
Deleteeh kira hebat lah ni. mesti seronok tengok bunga-bunga mekar setiap hari tak kisahlah banyak ke sikit. boleh hilang tension
ReplyDeleteBetul. Sejuk mata memandang.
DeleteEh bunga roselle ni ada jugak ya yang berwarna putih . Selalu CCL tengok warna merah meroon tu
ReplyDeleteAda banyak warna. Tapi maroon yang paling banyak. Mungkin sebab bila buat air, warnanya lagi menyerlah.
DeleteCantiknya bunga2 ni....ada bunga telang?....ok boleh buat nasi kerabu tak pun air sirap bunga telang...
ReplyDeletePokok bunga telang baru sepokok berbunga dan berbuah. Pokok lain belum lagi.
Delete