Nyam Nyam Pop Stix.


Beberapa kali aku nampak jajan ni masa lalu kawasan coklat kat pasar raya. Nak beli tapi aku jarang makan snek pesen wafer roll atau wafer stick gini. Sebab bila gigit, mesti akan bersepah cebisan kulit snek tu kat merata tempat.

Tapi disebabkan jajan ni belum pernah aku makan, tetiba tergerak hati nak cuba. Kalau sebut Nyam Nyam, mesti aku ingat biskut batang dengan coklat celup dan bubble rice zaman budak-budak.

Dulu waktu kecik tak mampu nak beli walaupun harganya 50 sen je. Kalau sesiapa yang beli, boleh katakan dia agak kaya. Tapi paling best, orang yang beli tu tak kedekut tau. Siap offer untuk makan sama-sama.

Produk Australia



Nyam Nyam ni bernaung bawah jenama Arnott's yang asalnya dari Australia. Cumanya aku tak pasti Nyam Nyam ni dibuat kat Malaysia atau tak. Sebab kalau tengok dalam website nya, katanya snek Arnott's ni diimport dari Australia dan Indonesia.

Halal


Jangan risau. Walaupun barang import, tapi Nyam Nyam ni ada pengesahan halal Indonesia yang diiktiraf oleh JAKIM. Jadi, beli lah tanpa was-was.



Harga murah, barang comel


Berbalik kepada Nyam Nyam Pop Stix ni, harga aku beli kat pasar raya RM2.40 sekotak. Malas nak beli banyak sebab macam aku info tadi, aku jarang makan snek pesen gini.


Dalam satu pek ni, ada 6 batang yang pendek comel je. Saiznya bukan macam wafer roll yang selalu jual kat kedai. Saiz Nyam Nyam ni panjang sikit dari jari telunjuk aku.



Dalam roll tu, ada paste coklat. Tak cair, tak keras. Kalau makan, memang terasa lah coklat mencair dalam mulut. Tapi awas! Rasa keseluruhan jajan ni sangat manis. Bagi aku lah. Sebab bila aku makan sebatang, terasa manisnya sampai tekak. Kalau diorang kurangkan sikit manis tu, lagi cun.

Tapi unik kan Nyam Nyam ni? Tatkala banyak company berlumba-lumba buat biskut atau coklat stick macam Pepero tu, Nyam Nyam pulak tak join pun bandwagon tu. Instead, diorang hasilkan salah satu snek yang dekat di hati orang kita.

Post a Comment

10 Comments

  1. biasanya anak2 mesti suka manis2 begini.. ibu bapak perlu berhati2 nanti kencing manis.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala boleh lah kot. Jangan makan hari-hari.

      Delete
  2. Cokelat..!! Tak kira apapun asal coklat memang favorite. Kena cari ni.

    ReplyDelete
  3. Jenama pun senang ingat..nyam-nyam hehehe

    ReplyDelete
  4. Dia punya stix tu menarik sebab colourful. Tapi tulah, manis sangat kalau setakat buat rasa-rasa pun boleh lah kan.

    ReplyDelete