Pengalaman jadi sukarelawan banjir, kuku kena parasite dan guna Emtrix.


Tibanya musim banjir buatkan aku mengimbau kembali pengalaman jadi sukarelawan. Waktu tu aku belajar kat Pahang. Dan tahun tu jugak lah kawasan sekitar tempat aku belajar naik air. Bukan kampus aku, tapi kampung-kampung daerah situ.

Cuba keluar dari circle


Lepas final exam, kebanyakan student balik rumah masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Cumanya, aku datang semula ke kampus beberapa hari lebih awal. Sebab aku join sukarelawan banjir. Kesnya, aku nak cuba keluar dari circle aku. Ye lah. Student kos aku belajar tak ramai pun satu kelas. Tak lebih 20 orang. Tak macam kos lain. Ramai. Nak cuba tambah kenalan baru dan selami kehidupan budak-budak kos lain.

Jadi, itu lah niatnya. Selain tu, aku macam jadi kesian tengok penduduk kampung. Dah lah terpaksa pindah sebab banjir. Tempat pemindahan pun tak banyak dan tak sehebat sekarang. Siap pasang khemah. Dulu memang takde khemah-khemah ni bagai. Kumpul secara terbuka kat satu tempat.

Air tasik melimpah kat tempat senaman kampus aku.

Aktiviti sukarelawan banjir ni bukan lah pergi selamatkan mangsa banjir atau pergi cuci rumah mangsa banjir. Tapi kena bersihkan bangunan tinggal untuk dijadikan tempat pemindahan sementara bagi mangsa banjir. Nak kumpul kat sekolah, jaraknya bukan dekat.

Petang tu, student yang join sukarelawan ni, naik bas. Aku tak tahu pun akan dibawa ke mana. Sebab tak silap aku ni program under MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Diorang yang decide apa semua, aku follow je.

Cuci perpustakaan desa


Bas tu berhenti kat sebuah bangunan perpustakaan desa. Bangunan kayu. Bangunan baru tapi cermin neko tingkap dah berkerak. Lantai berdebu. Siling bersawang. Kena guna bangunan ni sebab takde tempat lain dah yang paling dekat kat kampung tu. Dan bangunan ni memang dijadikan pusat pemindahan sementara setiap kali banjir melanda kawasan tu.

Peralatan cuci bangunan tu macam baldi, kain lap, mop dan sabun pencuci semua ada. Aku lap tingkap guna kain. Punya lah berkerak tingkat tu sampai nak kena tonyoh berkali-kali baru hilang kesan kotor.

Ruang untuk mangsa banjir.

Mop lantai sebab dah berkerak.

Petang pergi, malam baru siap. Tu pun tak semua. Cukup sekadar dapat jadikan tempat berteduh sementara mangsa banjir. Niat aku nak cuba keluar dari circle aku, tak berhasil. Sepanjang aktiviti cuci-mencuci tu, tak sempat pun nak berborak atau berkenalan. Masing-masing sibuk fokus cuci library.

Malang tak berbau


Bila semester baru bermula beberapa hari kemudian, aku perasan kuku ibu jari aku berubah warna jadi kekuningan. Aku pelik. Kuku tu seolah-olah tak lekat pun kat permukaan kulit. Macam nak terkopek dari kulit.

Kuku dijangkiti parasite dan guna Emtrix


Bila aku perhati betul-betul, kuku aku dah memburuk. Aku search lah Internet nak cari info. Rupa-rupanya kuku aku dijangkiti parasite. Aku saspek aku kena masa cuci tingkap library. Sebab lepas balik, aku tak sanitize pun tangan aku. Cuci guna sabun biasa je. Sepatutnya aku guna Clorox atau mana-mana peluntur supaya segala benda asing tak lekat kat celah kuku.

Nampak kuku belah kanan tu? Macam tu lah terjadi kat kuku aku.

Lama jugak nak betul-betul sembuh. Aku kira dalam 4 bulan jugak lah makan masa untuk kuku aku tu kembali ke rupa asal. Aku guna Emtrix. Dulu benda alah ni selalu iklan kat TV. Memang menjadi. Kuku aku yang memburuk tu, bila pakai benda ni, pulih sepenuhnya. Tapi kena rajin lah sapu setiap hari. Aku sapu lepas mandi dan sebelum tidur.

Rasa fobia bila nak join aktiviti cuci-mencuci macam ni. Risiko sangat tinggi. Sebab entah bintang apa yang berak kat situ pun aku tak tahu. Kalau kena taik tikus atau kencing tikus tak ke naya. Mungkin lepas ni kalau nak join pun, kena pakai sarung tangan dan sanitize tangan sebelum dan selepas cuci.

Post a Comment

10 Comments

  1. Lama juga ambil masa sampai 4 bulan. Nasib baik jumpa ubat yang sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Lama. Kuku lama yang buruk tu dah terkopek. Ibu jari togel tanpa kuku. Makan masa pulak kuku yang baru untuk tumbuh sepenuhnya.

      Delete
  2. Nasib baik jumpa solusi...
    kalau nk terlibat dengan sukarelawan kena siapkan sarung tangan awal2 untuk elak penyakit2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Waktu tu pun sebab iklan ubat ni selalu ada kat TV. Tu yang nak cuba guna.

      Delete
  3. Ada baca juga kes macam ni. Terdedah kepada risiko juga kan. Untuk peringatan yang lain supaya lebih berhati-hati dan sediakan segala peralatan dan kelengkapan yang betul sebelum proses pembersihan. Lama juga tu nak eloknya pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama. Tapi syukur dah sembuh. Kadang serik jugak bila nak join aktiviti macam ni lagi. 😅

      Delete
  4. makan masa juga untuk kuku baru akan tumbuh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang terbatas hari-hari nak buat kerja. Tapi bila tengok kesan baik ubat tu, terus semangat nak sapu kat jari.

      Delete
  5. Tulah kan, maybe lepas ni kena bawak glove dan safety boot sendiri. Kalau bersihkan rumah mangsa banjir lagilah

    ReplyDelete