Pergi Kinokuniya dengan MRT Putrajaya.


Hujung tahun lepas aku ada singgah Putrajaya. Alang-alang kat situ, nak jugak lah aku cuba naik MRT yang sohor ni. Dulu tak sempat nak naik sebab waktu perasmian MRT, stesen Putrajaya belum siap lagi.

Pergi Kinokuniya sekali lagi



Masa aku tengok peta laluan MRT baru ni, aku terperasan ada satu stesen Persiaran KLCC. Kinokuniya kan dalam KLCC. Jadi, excited lah aku nak ke sana lagi. Boleh jimat sebab kalau naik ERL, tambang mahal. Tambang MRT ni lebih kurang samanya murah dengan tambang LRT.

Ada daily pass



MRT Putrajaya ni ada kat Putrajaya Sentral. Stesen ni ada kat tingkat atas, tempat drop-off lama. Sama aras dengan kaunter ERL. Sekarang zaman digital. Nak beli tiket kena guna kad Touch 'n Go atau IC. Untungnya waktu aku pergi tu, ada daily pass. Hanya bayar RM5, boleh pergi ke mana-mana dalam sehari tu. Berbaloi kan?



Tapi staff tu cakap kalau nak ke KLCC, kena turun kat stesen Ampang Park. Pastu naik LRT untuk ke KLCC. Tapi hanya 1 stesen je. Tak jauh pun. Nasib baik dia inform. Kalau tak, confirm aku turun kat Persiaran KLCC. 😅

Masuk Kinokuniya




Plan nak cari komik Under 18 Elite. Dulu masa aku masuk, aku perasan ada beberapa buah komik yang tak dijual online dah. Tapi tak jumpa pulak. Mungkin ada yang dah beli. Komik Te@mare pun takde. Dulu ada lah jugak 2 buah.



Maka, untuk guna masa terluang, aku pusing lah satu Kinokuniya tu. Dari komik Malaysia sampai lah komik import dari Jepun aku belek-belek. Tapi tak mampu lah nak beli. Harga rata-rata RM40 - RM50 ke atas. Kalau ada yang murah pun, komik yang jarang dibeli.



Section Conan antara bahagian paling banyak komik yang dihimpunkan dalam satu siri. Aku pernah ada dulu komik Detektif Conan. Tapi dalam Bahasa Melayu terbitan Tora Aman. Bila masuk sini, tak sangka pulak begitu banyak koleksi komik Conan. Nak beli memang tak lah. 😄



Keluar Kinokuniya, aku terus balik. Malas nak bersesak. Ramai sangat orang. Gaji baru masuk katakan. Food court pun dah macam ulat taik. Mungkin jugak sebab weekend. Waktu manusia keluar jalan-jalan. Tak beli barang, cuci mata pun jadi lah.

Apa yang aku beli?


Ha! Dua komik ni je yang termampu aku miliki setelah pusing-pusing satu Kinokuniya. Banyak buku yang menarik tapi poket aku je yang tak menarik. Misi GOG ni aku beli sebab memang dah aim lama dah. Asalnya nak beli kat Shopee tapi buku asyik rosak bila sampai. Satu hal pulak nak kena return. Mungkin beli kat kedai fizikal lagi elok. Boleh terus check kondisi buku on the spot.


Sinopsis Misi GOG: Key, seorang remaja keras kepala dan suka menyendiri nekad larikan diri selepas terpaksa tinggal bersama atuknya. Semasa melalui hutan, tiba-tiba muncul satu Unidentified Species (US) di depannya. Terkejut dan terpinga-pinga, datang penyelamat yang dikenali sebagai GOG (Guardian of Green) leraikan semua. Rupa-rupanya ada satu rahsia besar di Pekan Sungai Damai dan Key terheret sama!

Buku kedua tu aku beli sebab nak lengkapkan koleksi Under 18 Elite. Banyak lagi yang lompong. Nak beli set, mahal sangat walaupun komik preloved. Biar lah aku beli satu-satu. Harapnya dapat lah kumpul kesemua jilid.

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. Betul. Nak nangis tiap kali tengok belakang buku.

      Delete
  2. mahal ye.. tapi kalau minat pasti beli.. sebagai koleksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau terlalu mahal, memang takkan beli. 😅

      Delete
  3. Harap² BK dapat kumpul untuk semua jilid komik tersebut .

    ReplyDelete