Pertama kali makan buah bidara epal.


Tadi aku pergi pasar raya. Beli barang dapur. Masa masuk kawasan buah, terperasan pulak ada buah yang tak pernah aku nampak sebelum ni: bidara epal.

Lama dah aku nak rasa buah ni lepas tengok satu rancangan dokumentari kat TV1 pasal tanaman buah bidara epal atau bidara Siam ni. Ada yang kata rasanya macam buah epal. Sebab tu dipanggil bidara epal.



Pasar raya ni jual RM7.90 sekilo. Bagi aku, murah jugak lah sebab jarang nak jumpa buah ni. Aku beli beberapa biji untuk buat raso-raso.

Saiznya kecik molek. Rasa buah bidara epal ni memang macam buah epal. Cuma tak semanis dan tak semasam buah epal. Rupa isinya tak macam epal 100%. Macam kombinasi buah epal dan buah mempelam. Yang pasti, isinya cukup rangup. Kalau gigit, boleh dengar bunyi krup krap.


Dalam isi tu ada biji buah yang besar. Boleh cuba semai. Mana lah tahu nanti bila dah ada sendiri pokok bidara epal, boleh terus petik dari pokok je. Tapi entah kenapa aku jatuh cinta dengan buah bidara epal ni. Sedap dia lain macam.

Post a Comment

24 Comments

  1. baru tadi tertengok video influencer review buah bidara ni.. nampak macam sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Bagi saya, lagi sedap daripada kebanyakan epal kat pasaran.

      Delete
  2. nak cuba juga...anggap saja epal tempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak kata tempatan sebab buah ni import dari Thailand. 😅

      Delete
  3. tak pernah makan. teringin lak lepas tengok gambar

    ReplyDelete
  4. mcm penah makan. tp tak berapa ingat la.

    ReplyDelete
  5. Awal pindah rumah dulu saya ada tanam pokok bidara belakang rumah, tapi saya dah tebang.. Huhu

    ReplyDelete
  6. Sedap buah bidara ni ..rapuh jer bila makan .

    ReplyDelete
  7. Saya baru kali ini tau ada buah macam tu,,, macam jarang jarang muncul buah satu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Memang payah nak jumpa buah bermusim ni. Pulak tu tak semua kedai yang jual.

      Delete
  8. Ohh sedap ye. Saya pun dah lama teringin nak makan. Kalau jumpa kena beli ni. Macam sedap tu kombinasi epal dan mangga. rangup tu yang sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kat pasar-pasar dah ada jual. Cuba cari kat situ.

      Delete