Aku dan roti kacang merah.


Semalam. Singgah kedai runcit. Mata melilau cari rak bakeri. Nak beli roti hiris Gardenia versi pendek tapi dah habis. Yang tinggal versi panjang je. Tak jadi beli lah sebab expired date dalam 4 hari je. Nanti membazir pulak kalau tak habis.

Masa tengah usha cari roti lain, mata terpaku tengok kewujudan roti baru: Roti Kacang Merah Top Baker. Ni first time ada roti kacang merah bentuk panjang macam ni. Selalu jumpa bentuk bulat atau jenis roti ban yang bercantum 6 tu.


Sebab tak pernah makan, aku ambil terus 2 bungkus. Harga RM1.30 sebungkus. Standard harga roti sekarang. Takkan jumpa dah roti harga 50 sen macam waktu dulu-dulu. Dapat harga macam ni pun dah berbaloi.

Teringat pulak zaman kecik. Roti kacang merah antara roti favourite aku. Tak semua budak dan remaja suka makan. Sebab kacang merah selalu dikaitkan dengan orang tua. Tapi aku tak kisah. Asal sedap, aku makan.


Top Baker memang terkenal dengan kelembutan rotinya. Memang roti kacang merah ni lembut sangat. Inti kacang merahnya tak kedekut. Tersalut elok dalam roti tu. Walaupun tak penuh tapi setiap permukaan dalam roti tertutup dengan kacang merah. Design rotinya pun unik. Boleh nampak jelas inti kacang merah dalam roti.


Rasanya sedap. Tak terlalu manis. Tak tawar. Macam kebanyakan rasa kacang merah dalam mana-mana roti. Cuma aku musykil. Kenapa warna peknya pink dan bukan merah? 😅

Post a Comment

20 Comments

  1. kalau packaging begini senang dibawa ke mana2.. g jln2 bawa roti mcm ni je.. :D.. xyah singgah kedai acapkali..

    ReplyDelete
  2. Sayapun suka roti kacang merah. Nanti jumpa boleh beli. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. Cuya paling suka roti kacang merah dari dulu lagi...
    tapi kalau bubur Cuya suka kacang hijauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Bubur kacang hijau pun best. Lagi-lagi bila cicah roti.

      Delete
  4. Selain dari coklat saya juga gemar perasa kacang merah kerana rasanya lebih klasik. Biasanya saya beli Fluffy Bun Gardenia yang ada 6 serangkai tu. Mungkin nanti boleh cuba roti baru keluaran Top Baker ni. Rasanya jenama Top Baker ni susah sikit nak dijumpai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi Gardenia belum makan lagi. Roti Top Baker memang banyak dijual kat sini. Mungkin ramai peminatnya.

      Delete
  5. Favorite kami perisa kacang merah, roti ke, pau ke. Cokelat pun sama. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah. Pau kacang merah payah nak jumpa kat sini. 😅

      Delete
  6. roti kacang merah mmg sedap
    tanpa tgk brand ;-)
    dulu aeon ada jual
    mmg sedap dan selalu jg sy beli
    laa ni dah x de daa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bergantung kepada brand. Kadang inti dah sedap tapi roti pulak keras. 😂

      Delete
  7. feveret Ana & Mak juga roti kacang merah ni!

    ReplyDelete
  8. Baik roti atau pau kacang merah.....selalu kalau ada tolak kat husband je. Dia suka. Ibu dan anak pun tak suka.

    ReplyDelete
  9. Ye, memang takde dah jumpa roti bawah RM1. Semua RM1 dan ke atas dah sekarang ni. Makin lama makin naik harga, saiz pun makin mengecil. Uniklah design roti ni. Menarik dan buat orang tertarik nak beli. Roti lembut dan sedap pasti repeat beli kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Design yang unik tu berjaya tarik perhatian saya untuk beli. Entah macam mana diorang putar doh tu jadi rongga-rongga macam tu. 😁

      Delete
  10. nmpk menarik bila nampak inti dalam...byk jg intinya..

    ReplyDelete