Semalam. Singgah kedai runcit. Mata melilau cari rak bakeri. Nak beli roti hiris Gardenia versi pendek tapi dah habis. Yang tinggal versi panjang je. Tak jadi beli lah sebab expired date dalam 4 hari je. Nanti membazir pulak kalau tak habis.
Masa tengah usha cari roti lain, mata terpaku tengok kewujudan roti baru: Roti Kacang Merah Top Baker. Ni first time ada roti kacang merah bentuk panjang macam ni. Selalu jumpa bentuk bulat atau jenis roti ban yang bercantum 6 tu.
Sebab tak pernah makan, aku ambil terus 2 bungkus. Harga RM1.30 sebungkus. Standard harga roti sekarang. Takkan jumpa dah roti harga 50 sen macam waktu dulu-dulu. Dapat harga macam ni pun dah berbaloi.
Teringat pulak zaman kecik. Roti kacang merah antara roti favourite aku. Tak semua budak dan remaja suka makan. Sebab kacang merah selalu dikaitkan dengan orang tua. Tapi aku tak kisah. Asal sedap, aku makan.
Top Baker memang terkenal dengan kelembutan rotinya. Memang roti kacang merah ni lembut sangat. Inti kacang merahnya tak kedekut. Tersalut elok dalam roti tu. Walaupun tak penuh tapi setiap permukaan dalam roti tertutup dengan kacang merah. Design rotinya pun unik. Boleh nampak jelas inti kacang merah dalam roti.
20 Comments
kalau packaging begini senang dibawa ke mana2.. g jln2 bawa roti mcm ni je.. :D.. xyah singgah kedai acapkali..
ReplyDeleteBetul. Tarikh luput pun panjang.
DeleteSayapun suka roti kacang merah. Nanti jumpa boleh beli. Insya Allah.
ReplyDeleteBagus tu. Roti kacang merah memang sedap.
DeleteCuya paling suka roti kacang merah dari dulu lagi...
ReplyDeletetapi kalau bubur Cuya suka kacang hijauu
Sama lah. Bubur kacang hijau pun best. Lagi-lagi bila cicah roti.
DeleteSelain dari coklat saya juga gemar perasa kacang merah kerana rasanya lebih klasik. Biasanya saya beli Fluffy Bun Gardenia yang ada 6 serangkai tu. Mungkin nanti boleh cuba roti baru keluaran Top Baker ni. Rasanya jenama Top Baker ni susah sikit nak dijumpai.
ReplyDeleteVersi Gardenia belum makan lagi. Roti Top Baker memang banyak dijual kat sini. Mungkin ramai peminatnya.
DeleteFavorite kami perisa kacang merah, roti ke, pau ke. Cokelat pun sama. Sedap.
ReplyDeleteUntung lah. Pau kacang merah payah nak jumpa kat sini. 😅
Deleteroti kacang merah mmg sedap
ReplyDeletetanpa tgk brand ;-)
dulu aeon ada jual
mmg sedap dan selalu jg sy beli
laa ni dah x de daa
Betul. Bergantung kepada brand. Kadang inti dah sedap tapi roti pulak keras. 😂
Deletefeveret Ana & Mak juga roti kacang merah ni!
ReplyDeleteNasib baik ada geng. 😆
DeleteBaik roti atau pau kacang merah.....selalu kalau ada tolak kat husband je. Dia suka. Ibu dan anak pun tak suka.
ReplyDeleteRugi lah tak makan. 🤣
DeleteYe, memang takde dah jumpa roti bawah RM1. Semua RM1 dan ke atas dah sekarang ni. Makin lama makin naik harga, saiz pun makin mengecil. Uniklah design roti ni. Menarik dan buat orang tertarik nak beli. Roti lembut dan sedap pasti repeat beli kan.
ReplyDeleteBetul. Design yang unik tu berjaya tarik perhatian saya untuk beli. Entah macam mana diorang putar doh tu jadi rongga-rongga macam tu. 😁
Deletenmpk menarik bila nampak inti dalam...byk jg intinya..
ReplyDeleteBetul. Salah satu wow factor nya.
Delete