Beli Oreo Pokémon.


Siapa tak kenal Oreo kan? Dulu-dulu selalu keluar iklannya kat TV. Putar.. Jilat.. Celup! sehingga lah tagline ni ditukar kepada Putar.. Rasa.. Celup! tapi aku tak ingat tahun berapa tagline baru ni digunakan.

Sebab apa ditukar? Tak pasti pulak aku. Kalau ikut firasat aku, mungkin perkataan Jilat tu tak berapa sesuai. Lagi-lagi melibatkan budak-budak. Faham kan maksud aku?

Dalam pek kecil ni ada 3 keping biskut.

Sekarang Oreo tengah galak promote biskut diorang. Kali ni Oreo kolaborasi dengan Pokémon. Kenapa Pokémon dan bukan Doraemon? Entah. Mungkin peminat Pokémon kat Malaysia ni ramai dari Doraemon?


Aku beli Oreo ni kat Lazada. Multipack yang ada 9 pek kecil biskut Oreo kat dalam tu. Untuk promo Pokémon ni, ada 3 perisa: coklat + pisang, strawberi dan vanila. Tapi multipack ni hanya perisa coklat + pisang dan strawberi je yang Mondelēz jual kat Lazada. Vanila takde. Jadi aku tak beli lah perisa vanila.

Ni je yang aku berjaya kumpul.


Dalam setiap multipack ni ada sekeping kad Pokémon. Total 16 kad yang boleh dikumpul. Nak kumpul semua 16 ni payah jugak sebab tak tahu kad karakter apa yang ada dalam tu. Untung kalau dapat kad berbeza. Kalau dapat yang sama, kena lah terus beli lagi Oreo Pokémon ni.



Aku suka perisa strawberi berbanding perisa coklat + pisang. Perisa coklat + pisang ni macam pelik sikit. Tak feel makan Oreo. Mungkin sebab aku dah terbiasa makan Oreo perisa strawberi dari dulu lagi. Bila muncul perisa pisang, macam tak boleh nak hadam gitu.

Post a Comment

10 Comments

  1. Macam² dah ye inti Oreo ni ... Lama dah tak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sebenarnya inti Oreo. Yang pasti, semuanya manis-manis. 😁

      Delete
  2. ooo ada kad dia skali rupanya
    yg pink tu sy dah rs
    ms oreo gn nama blackpink

    ReplyDelete
    Replies
    1. BP pun saya dah rasa tak silap. Cuma tak buat entri. 😅

      Delete
  3. Oh dah banyak perisa nya ya. Lama betul tak beli Oreo. Sedapnya nampak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu suka beli. Sekarang bila dah masuk alaf remaja purba, kurang sangat nak makan benda-benda manis macam ni. Ni pun rasanya terbuang jugak nanti.

      Delete
  4. serius tak perasan bila Oreo tukar tagline. Innocent je tagline lama tu, yang otak kuning macam pikachu je suka buat lawak hambar. Elok dibagi Thundershock. eh teremo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dulu-dulu sebut memang takde masalah. 😄

      Delete