Cari komik Under 18 Elite di SMO Bookstores.


Hari tu aku keluar ke bandar. Sebelum masuk Mydin, aku singgah lah sebuah kedai buku yang tak asing lagi kat bandar ni iaitu SMO Bookstores. Nak tengok buku apa yang menarik. Kalau ada, aku beli. Kalau tak, keluar je lah kedai tanpa beli apa-apa.

SMO tak lah sebesar Popular. Buku pun terhad. Mostly buku local yang diorang jual. Komik, novel, buku cerita, alat tulis semua ada walaupun tak banyak. Kiranya kalau nak beli barang-barang keperluan sekolah, kolej atau universiti, masuk sini pun dah kira cun.

Aku macam biasa. Lintas je pintu masuk kedai, terus aku pergi ke bahagian komik. Nak cari komik Under 18 Elite yang belum aku ada. Nak beli online, kena fikir banyak kali. Risau dapat buku rosak. Sekurang-kurangnya kalau beli kat kedai fizikal, boleh check keadaan buku puas-puas sebelum beli. Aku bukan lah perfectionist atau ada OCD. Tapi aku nak buku yang aku beli, keadaannya elok. Maksudnya tak kemik, calar atau koyak.


Cari punya cari, jumpa jugak deretan komik Under 18 Elite. Tak banyak yang tinggal dan hampir semua tulang buku (book spine) pudar warnanya. Mungkin sebab sebelum ni lama berjemur bawah matahari. Aku pilih yang elok dan jumpa jilid 4.

Guna kad ahli untuk diskaun


Malas nak duk lama dalam tu. Aku pergi bayar. Tak ramai pun yang datang. Standard kedai buku. Mana-mana pun macam ni. Ada beberapa pembeli yang aku rasa pekerja ofis dan beberapa pelajar sekolah yang tengah beratur kat kaunter.


Tiba giliran aku, aku hulurkan kad ahli. Untung tau jadi ahli. Sebab selalunya akan dapat diskaun 10%. Dah lah kena bayar yuran keahlian RM10 je. Takde renew membership macam kebanyakan kedai buku. Harga komik ni RM7.50. Tolak 10% jadi RM6.75 saja.


Kad ahli ni aku dah buat beberapa tahun lepas. Buat tak silap aku masa aku beli buku Harry Potter sebab nak dapat diskaun dan voucher waktu tu. Setiap pembelian singgit barang kat SMO akan dapat 1 point. Point ni boleh tebus untuk dapatkan voucher.

Kempen bebas plastiik


Untuk pengetahuan jugak, bermula 1 Februari 2024, mana-mana cawangan SMO takkan sediakan beg plastik dah. Bagus lah kan menyahut seruan kempen bebas plastik. Tapi aku rasa macam tak sesuai guna pakai kempen ni untuk sektor buku. Sebab bagi aku, buku adalah item yang sangat sensitif. Kena air rosak.


Kalau ada beg plastik, sekurang-kurangnya dapat lindung buku dari sebarang kerosakan. Sebab tu kalau beli buku, aku akan masukkan dalam plastik dan lepas tu baru aku masukkan dalam recycle bag.

Mana pergi beg plastik biodegradable?


Dulu pernah beberapa tahun lepas ada pasar raya dan kedai buku yang guna plastik biodegradable. Plastik yang jenis lembut sikit tu. Bila letak barang berat sikit, mudah tertarik. Ramai yang complain. Mana perginya plastik jenis tu? Kenapa kedai yang pernah guna plastik tu, dah tak sediakan sekarang?

Adakah plastik biodegradable ni tak function macam sepatutnya? Sebab aku ada terbaca dalam artikel yang menyatakan plastik jenis ni tak semudah tu terbiodegradasi tapi perlukan keadaan khusus untuk bolehkan proses tu terjadi.


Apa-apa pun, maka dengan ini bertambah lagi jilid komik Under 18 Elite aku. Masih banyak lagi lompong. Kalau ada rezeki, next time aku beli jilid yang takde lagi. Aku bukan lah kalut nak beli semua terus. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Post a Comment

4 Comments

  1. BK suka baca komik setiap bulan mesti ada jer komik baru yang akan beli yerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Waktu rajin memang rajin lah membeli komik. 😁

      Delete
  2. Berbaloi keahlian tu kalau selalu beli buku. Rupanya plastik biodegradable hanya sekadar nama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah kot. Sekarang pun tak dengar khabar pasal plastik ni.

      Delete