Masak kacang sepat hijau goreng stir fry.

 Update: 18 Februari 2024


Aku ada tanam kacang sepat hijau kat laman rumah. Hujung tahun lepas aku mula tanam. Biji benih aku beli kat Shopee. Aku beli sebab kacang ni jarang aku jumpa kat kedai. Selalu nampak kacang buncis dan edamame je.

Aku tak pasti kacang sepat ni spesies apa. Sebab selalunya bunga kacang sepat warnanya putih. Tapi bunga kacang sepat yang aku tanam ni warnanya ungu. Spesies sama atau lain?





Banyak tak kacangnya? Aku tanam dalam polibeg je. Sebab senang nak control air dan baja supaya pokok subur. Ada daun mula kering. Mungkin sebab sekarang ni musim panas. Tanah mudah kering. Nak kena siram bagi lembap.


Aku petik beberapa (tak tahu penjodoh bilangan) kacang sepat ni dan masak stir fry. Tambah sikit ayam dan lobak merah. Perasakan sikit dengan kicap cair dan serbuk perasa. Maka terhasil lah kacang sepat goreng stir fry.

Update


Memandangkan aku kurang arif pasal kacang sepat ni, maka aku rajinkan diri search infonya.

Kacang sepat ada banyak jenis dan warna. Ada warna hijau dan ungu. Ada bunga putih dan purple. Ada jugak kacang warna hijau berbingkai ungu. Benih boleh beli kat seller Shopee ni: Kedai Hidayah Salim. Dia ada jual warna ungu dan hijau bingkai ungu. Kacang ni, sesetengah negara panggil hyacinth bean. Cuma kat Malaysia yang dipanggil kacang sepat atau kacang kara.

Kacang sepat ungu.
Kacang sepat bingkai ungu.

Tapi awas! Biji kacang sepat yang matang (keras) tinggi dengan unsur cyanogenic glycoside iaitu sejenis racun yang boleh sebabkan muntah-muntah, loya dan pening kepala.

Jadi, elakkan makan kacang sepat yang dah matang atau keras. Kalau nak makan jugak, cara masaknya leceh sikit. Kena rendam semalaman dan rebus dalam jangka masa yang lama ATAU rebus sebanyak 2 kali dan toskan airnya.

Aku tak pasti sejauh mana tepatnya info ni. Aku ada baca jugak dalam blog Sara Khong. Katanya dia makan kacang sepat ni dah bertahun. Sama jugak sebenarnya macam kacang lain. Ada unsur toksik. Sebab tu sebelum makan kacang macam kacang panjang, kacang buncis dsb tu, seeloknya masak dulu. Elakkan makan mentah.

Post a Comment

16 Comments

  1. Terasa sedap kacang sepat masak stir fry tu. Best nya petik2 kacang boleh masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang nikmat bila dapat petik sayur sendiri. Segar.

      Delete
  2. wahhh.. bestnya.. tapi MY tak tanam pokok kacang sebab dia merambat. Suami kata nanti semak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kacang ni memang macam tu. Kalau rajin, boleh cantas supaya tak semak.

      Delete
  3. rajinnya bercucuk tanam... jimat gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau menjadi, tak perlu keluar modal banyak untuk beli sayur.

      Delete
  4. kalau saya mesti tak berani masak kalau sayur tu saya tak familiar. tapi tulah, nak selamat masak dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Mana-mana sayur sepatutnya kena masak dulu.

      Delete
  5. kacang ni mmg sedap kalau buat lauk bergoreng
    campak2 je dah sedap
    hehehe

    ReplyDelete
  6. Penjodoh bilangan - keping rasanya..nmpk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin. Yang saya tahu kacang panjang (batang).

      Delete
  7. Blur pulak saya tentang penjodoh bilangan tu. Nak tahu jugak. Baru tahu namanya kacang sepat atau kacang kara. Sedap juga masak tumis campur campur ni. Ratah pun sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Tak pahit. Macam-macam menu boleh buat. 😀

      Delete
  8. masa kecik depan rumah ada tanam kacang sepat bingkai ungu tu..masa tu tak panggil pun kacang sepat (kita panggil avarakai) sebab nenek ammi india kan..jadi kita sebut dalam bahasa tamil jelah.

    goreng pun ala-ala indian style, letak daun kari, rempah kari, kadang-kadang letak diced potato juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pernah baca jugak info yang masyarakat India panggil nama lain.

      Delete