Masak sardin Marina Dalam Sos Tomato.


Semalam masa blogwalking, aku ada baca satu entri dari blogger Sha Mohamed. Dia masak sardin Adabi Dalam Sos Tomato Dengan Sos Cili. Menarik sardin tu sebab jarang jumpa sardin dalam sos cili.


Aku teringat yang aku ada beli sardin jugak. Tapi jenama Marina. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Tapi kalau takde stock, aku akan beli jenama Marina.


Jenama Marina memang tak asing lagi kat Malaysia ni. Nuget Marina pun ada. Aku suka makan nuget tempura yang ada cheese tu. Sedap sangat (walaupun agak mahal). Satu pek ni sekali goreng je. Makan panas-panas memang nikmat. Terasa cheese meleleh masa gigit.


Aku beli sardin ni RM3.40 satu tin. Murah lah kiranya. Dalam satu tin ni, aku dapat 4 ketul ikan sardin. Saiz sederhana. Cukup lah untuk makan dalam 4 hingga 5 orang. Masa aku kecik-kecik dulu, ikan sardin ni kitorang belah 2. Makan sebelah sorang.


Tiap kali nak makan sardin, memang aku akan masak dulu. Tak pernah aku tak masak. Sebab nak bagi banyak kuah sebenarnya selain nak kurangkan bau hanyir ikan sardin tu. Tapi ajaibnya, ikan sardin Marina ni tak sehanyir jenama sardin lain. Bau hanyirnya light je.


Siap! Masak sekejap je. Nak bagi pecah minyak. Telur dadar memang wajib ada kalau masak sardin. Menu bajet zaman dulu. Sekarang orang susah tak makan sardin dah. Mahal. 😅

Post a Comment

14 Comments

  1. CCL pun selalu akan tumis dulu, masuk perasa sikit, sardin tu untuk elakkan hanyir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kebanyakan ikan sardin tin baunya tetap hanyir.

      Delete
  2. sardin cap ayam dah harga kayangan...sekrg ni viral menu sardin yg buh telur...

    ReplyDelete
  3. Sardin & telur dadar memang kombinasi lauk yang mantap. Cukuplah dua jenis lauk tu, menambah-nambah nasi dalam pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi-lagi nasi putih panas. Memang makin menambah lah. 😄

      Delete
  4. Sy suke meatball dan nugget tempura cheese marina... yg sardinnya x pernah lg try... sardin adabi ada jugak cuba asbab pengaruh rakan blog... hahaha... yg best sardin adabi ni sardinnya saiz kecil² berbanding ayam brand... senang sikit budak nk mkn x payah nak bahagi lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saiz kecil tu yang praktikal. Mungkin tu antara tarikannya. Tak payah dah nak bahagi.

      Delete
  5. kita selalu beli nugget HAHHA. cuma sardin marina jela tak pernah beli lagi. tapi okay la ada 4 ketul. saiz tin kecil kan? saiz nya pn okay je

    ReplyDelete
  6. Okay baiklah nanti boleh cuba sardin marina pula. Tak pernah beli jenama marina ni. Sardin ni kalau masak lagi sedap baru boleh makan dengan nasi. Kalau makan gitu je mamang tak lalu makan. Yee benar sekali, sekarang nak beli sardin pun berkira-kira. Makin mahal pun harga dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu orang makan sardin sebab susah. Nak beli barang lain, mahal. Tapi sekarang macam dah terbalik. 😅

      Delete