Semalam masa blogwalking, aku ada baca satu entri dari blogger Sha Mohamed. Dia masak sardin Adabi Dalam Sos Tomato Dengan Sos Cili. Menarik sardin tu sebab jarang jumpa sardin dalam sos cili.
Aku teringat yang aku ada beli sardin jugak. Tapi jenama Marina. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Tapi kalau takde stock, aku akan beli jenama Marina.
Jenama Marina memang tak asing lagi kat Malaysia ni. Nuget Marina pun ada. Aku suka makan nuget tempura yang ada cheese tu. Sedap sangat (walaupun agak mahal). Satu pek ni sekali goreng je. Makan panas-panas memang nikmat. Terasa cheese meleleh masa gigit.
Aku beli sardin ni RM3.40 satu tin. Murah lah kiranya. Dalam satu tin ni, aku dapat 4 ketul ikan sardin. Saiz sederhana. Cukup lah untuk makan dalam 4 hingga 5 orang. Masa aku kecik-kecik dulu, ikan sardin ni kitorang belah 2. Makan sebelah sorang.
Tiap kali nak makan sardin, memang aku akan masak dulu. Tak pernah aku tak masak. Sebab nak bagi banyak kuah sebenarnya selain nak kurangkan bau hanyir ikan sardin tu. Tapi ajaibnya, ikan sardin Marina ni tak sehanyir jenama sardin lain. Bau hanyirnya light je.
14 Comments
Simple tapi sedap ya Amat!
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
DeleteCCL pun selalu akan tumis dulu, masuk perasa sikit, sardin tu untuk elakkan hanyir
ReplyDeleteKann. Kebanyakan ikan sardin tin baunya tetap hanyir.
Deletesardin cap ayam dah harga kayangan...sekrg ni viral menu sardin yg buh telur...
ReplyDeleteItu lah. Macam-macam menu sekarang yang ada.
DeleteSardin & telur dadar memang kombinasi lauk yang mantap. Cukuplah dua jenis lauk tu, menambah-nambah nasi dalam pinggan.
ReplyDeleteLagi-lagi nasi putih panas. Memang makin menambah lah. 😄
DeleteSy suke meatball dan nugget tempura cheese marina... yg sardinnya x pernah lg try... sardin adabi ada jugak cuba asbab pengaruh rakan blog... hahaha... yg best sardin adabi ni sardinnya saiz kecil² berbanding ayam brand... senang sikit budak nk mkn x payah nak bahagi lg
ReplyDeleteBetul. Saiz kecil tu yang praktikal. Mungkin tu antara tarikannya. Tak payah dah nak bahagi.
Deletekita selalu beli nugget HAHHA. cuma sardin marina jela tak pernah beli lagi. tapi okay la ada 4 ketul. saiz tin kecil kan? saiz nya pn okay je
ReplyDeleteTin kecil. Tapi rasa berbaloi dah.
DeleteOkay baiklah nanti boleh cuba sardin marina pula. Tak pernah beli jenama marina ni. Sardin ni kalau masak lagi sedap baru boleh makan dengan nasi. Kalau makan gitu je mamang tak lalu makan. Yee benar sekali, sekarang nak beli sardin pun berkira-kira. Makin mahal pun harga dia.
ReplyDeleteDulu orang makan sardin sebab susah. Nak beli barang lain, mahal. Tapi sekarang macam dah terbalik. 😅
Delete