Peria katak goreng celup tepung Bestari.


Semalam singgah pasar pagi. Nak cuci mata sikit sebab jarang sekali aku masuk pasar. Biasanya kalau nak beli barang basah, aku akan masuk pasar raya. Lagi dekat dengan rumah. Kualiti pun setanding.

Masa ligat mata tengok apa yang ada kat pasar tu, aku terpandang buah peria katak kat salah satu gerai. Saiznya boleh tahan besar. RM8.00 sekilo. Aku beli setengah kilo je. Tu pun dapat 4 ketul. Banyak jugak. Nak tunggu tuai hasil pokok peria katak aku tu, rasanya berbulan lagi.


Balik rumah, aku sediakan bahan nak buat peria katak celup tepung. Aku takde mesin slice. Potong nipis-nipis guna pisau je. Nak goreng peria ni ambil masa lama jugak sebab nak bagi betul-betul garing. Tak boleh bukak api kuat-kuat nanti hangus pulak.


Sedap? Harus lah sedap. Rangup pun cukup. Rasa pedas dan masin sikit sebab aku combine guna tepung Bestari yang hot & spicy dan garlic. Ni baru buat separuh buah peria tu. Memang banyak. Satu pinggan. Makan sambil layan TV.

Post a Comment

22 Comments

  1. wah ,sedapnyaa ..kudapan petang-petang sambil tengok tv ni layannn

    ReplyDelete
  2. krup-krap nih...sedap dimakan begitu saja..sayur dah jd snek...teringat peria goreng kt kedai mamak, yg tu x brp crunchy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Variasi menu sayur. Bagi semangat sikit nak makan sayur.

      Delete
  3. Peria Pak Zain baru berbunga..bila ntah la nak tunggu jadi buah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah keluar bunga betina, sekejap je tu berbuah.

      Delete
  4. Sedap ni peria goreng celup tepung bestari. Macam kunyak kerepek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab tu buat sendiri. Nak beli kerepek peria macam mahal sangat. 😅

      Delete
  5. Sedap ni... selalunya kalau malas tapau dr mamak je.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba versi mamak sebab kat sini takde kedai mamak. 😂

      Delete
  6. sedap kalau makan macam tu pun..
    klu makan ngan nasi pun sedap..

    ReplyDelete
  7. nampak sedap ni
    boleh buat bisnes ;-)

    ReplyDelete
  8. wah sedapnye makan macam tu pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi kena goreng banyak sebab kejap je dah habis.

      Delete
  9. Sekarang harga barang di pasar pun semakin mahal. Sebab tu kadang prefer beli kat supermarket je. Sedap juga peria katak goreng salut tepung bestari. Saya perasan tepung bestari sekarang macam masin sikit. Kadang tambah tepung gandum sikit bagi kurangkan masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya makan versi hot & spicy tu elok lagi rasanya. Cuma versi original dan versi bawang putih tu macam terlalu masin dan kurang tersalut elok tepungnya bila digoreng.

      Delete