Alhamdulillah. Petang tadi masa aku duk leka dengan laptop, terdengar motor lalu depan rumah. Aku syak posmen. Biasanya kalau posmen datang, aku tak keluar rumah pun. Bila notification naik kat phone, terus gelabah aku keluar ambil barang. Risau lesap dek budak-budak nakal. Dah lah payah nak dapat.
Dendeng Nyet Berapi yang aku order dari TikTok dah sampai. Tak sangka cepat sungguh. Tak sampai 2 hari. Mungkin sebab guna Ninja Van. Kat sini jarang Ninja Van masuk. Selalu Shopee Express dan J&T yang rajin masuk.
Macam yang dijanjikan. Aku nak buat review jujur dendeng nyet ni. Tak nak buat fake review semata-mata nak naikkan trafik blog. Dendeng ni, ada beberapa pro dan kontra yang aku dapat rasa dengan lidah aku ni.
- Masin
Aku ambil sesudu teh dendeng ni dan rasa. Kena je lidah, terus aku rasa masin. Aku cuba makan lagi. Sah! Memang dendeng ni masin. Mungkin dendeng ni tak sesuai dimakan macam tu je. Kena makan dengan nasi putih atau roti baru sedap.
- Hangit
Mulanya aku tak perasan. Tapi lepas makan beberapa suap, aku perasan yang dendeng ni sedikit hangit. Tak pasti lah aku sebab apa. Ni kali kedua aku rasa dendeng. Sebelum ni aku pernah makan dendeng daging jenama lain, rasanya elok je tak rasa hangit. Atau rasa dendeng macam ni?
- Macam serunding versi basah
Entah kenapa bila bukak paket dendeng tu, aku teringatkan serunding. Mungkin bahan asas yang digunakan untuk buat dendeng ni sama dengan serunding? Ke tak sabar nak raya ni?
- Pedas yang just nice
Dendeng ni walaupun diiklankan sebagai 'berapi' tapi tahap kepedasannya tu just nice. Tak terlalu pedas. Sekurang-kurangnya bagi aku lah. Sebab aku kadang tak boleh tahan pedas. Lagi-lagi bila makan ayam 3x spicy McD tu.
- Sesuai untuk on-the-go travel pack
Kalau nak travel dan risau tak sempat nak beli makanan, aku rekomen sediakan lah pek dendeng nyet ni siap-siap. Pek macam ni sangat lah convenient untuk bawak pergi travel mahupun bercuti. Cuma aku harap pek ni ada fungsi macam zip lock tu. Bila dah bukak, boleh tutup balik. Alah macam paket plastik cotton bud tu.
Itu lah review aku setakat ni. Aku bagi ulasan berdasarkan lidah aku. Cita rasa aku. Aku yakin kemungkinan besar yang dendeng nyet ni dicipta berdasarkan cita rasa penciptanya. Mungkin dia lebih suka dengan rasa macam ni.
Jadi, macam aku ulas, dendeng ni kalau makan dengan nasi putih sangat lah sesuai. Aku pergi dapur, cedok nasi dalam periuk dan masak sekejap telur dadar. Menu simple asalkan boleh makan.
Nak beli lagi ke? InsyaAllah in the future kalau ada bajet lebih, boleh beli lagi. Tapi buat masa sekarang, cukup lah ni 1 dulu. Biar lah Khairulaming tengok balik QA dan QC kilang dia supaya dendeng ni bertambah sedap.
38 Comments
Tidak boleh buat ratah semata-mata.
ReplyDeleteBetul. Bagi saya, kalau ratah, memang akan rasa masin.
DeleteMakan dengan nasi panas or bubur mesti sedap..mungkin bukan untuk diratah...
ReplyDeleteTekstur nampak macam serunding basah.. 🙂
Memang macam serunding basah. Mungkin tu style dia kot.
DeleteEh sekejap jer dah sampai ..kalau ada rezeki nanti CCL pun nk cuba juga beli dendeng nyet . Malam tu kan dh terciduk nak battle .. Dendeng tu kalau dh makan dengan nasi mungkin rasa masin tu akan kurang sikit kan.
ReplyDeleteRasanya memang kena makan dengan something. Kalau makan dengan nasi putih, hilang sikit rasa masin tu.
DeleteCuya rasa dgn baca review ni, Cuya akan suka dendeng ni. Sebab ciri2 dia memang kena dgn tekak Cuya xD
ReplyDeleteBagus lah macam tu ada menu yang kena dengan cita rasa.
DeleteMaaf bertanya, sepeket tu berapa harganya? Belum dapat merasa lagi Dendeng Nyet Berapi ni, cepat sangat habisnya.
ReplyDeleteHarga asal sepaket RM14.99.
Deletenampak sedap tu dan tahan lama.. masin tu sebab kene makan dengan nasik panas2.. bertambah2 .. habis diet dua bulan.
ReplyDeleteTak elok makan masin selalu. Nanti naik darah. 😁
Deletewahh...sempat beli..katanya 4 minit dah sold out...mcm serunding? oo.. daging dia hancur ke?
ReplyDeleteDaging racik. Macam serunding.
DeleteMungkin orang yang suka travel akan jadikannya sebagai satu pilihan untuk dibuat bekal kembara memandangkan bungkusannya yang nampak comel juga.
ReplyDeleteSetuju. Sangat praktikal.
DeleteTapi tu lah susah nak dapat
ReplyDeleteSusah Wak. Ni pun walaupun restock tapi laju je sold out.
DeleteStatus penghantaran saya masih "in transit" guna J&T. Alamak... Masin ek? Tapi kalau makan dengan nasi, saya rasa masin juga, memang tak leh go lah.
ReplyDeleteMungkin lidah saya yang rasa masin. Boleh cuba rasa dan review.
Deletewah... berjaya dia dlm battle tu ek... sy hari tu terlupa... teringat bila lalu di timeline fb kecoh org share KA dh cecah sale dendeng nyet 1 juta dlm 3 minit... dh terlambat.. haha
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki nanti tu.
DeleteHebat dapat battle...
ReplyDeleteTapi mmg ada baca beberapa review dendeng KA ni..
Dia lebih sesuai untuk makan dengan nasi, sbb masin..
Dan dia terlalu hancur kan daging dia tu, sebab kita nampak orang share-share tu je la...
Betul. Saya cuba makan ratah macam tu je tapi terasa masinnya kat situ. Daging tu jenis racik.
Deletewahhhh pantas dapat beli. pghantaran pun pantas juga tu. takpe nti boleh try buat sendiri hehe
ReplyDeleteItu lah. Kena buat sendiri baru kena dengan selera.
Deletepadu la. menang battle. setakat ni memang belum ada masa nak battle beli produk KA. hehehe. sebab saya ada perasaan sképtikal pada sambal yang dijual orang. mesti rasa manis. bagi orang lain, manis tu just nice. tp terasa di lidah saya manis nya mcm tak boleh diterima. hahah sepatutnya jgn letak gula. itu pandangan sy. sebab tulah kot sy belum pernah lagi try battle KA punya produk. rasa orang punya je. hahaha
ReplyDeleteBetul jugak tu. Sebab cita rasa setiap orang tak sama. Macam saya pulak, saya memang anti sambal penyet manis. Bila manis, akan kacau mood makan.
Deletewah dpt 1 paket ye..aritu nk grab tp system crash...nanti nk cuba la bila next batch open order....ada baca juga kalo mkn mcm tu rasa masin tp bila mkn ngan nasi ok...
ReplyDeleteDah makan dengan nasi putih. Rasa lagi elok macam tu.
Deletedia kena judu dgn makanan lain
ReplyDeletertah mcm tu mmg akan rasa lain
Mungkin dendeng pesen gini. Dendeng lain yang saya pernah makan, boleh ratah terus. 😅
Deletebuat as travel pack best juga tu. x sangka pula termasin dan terhangit ye. mama x try lagi
ReplyDeleteTerbaik untuk travel pack.
DeleteLaju Ninja Van buat kerja. Ohh kalau ikut review ni macam tak kena dengan selera saya. Betul jugak tu, biar buat penambah baikkan baru ulang membeli.
ReplyDeleteKann. Mungkin ada kat luar sana yang prefer rasa macam tu. 😅
DeleteMasin dan Hangit?. Masin sangat ke macam mana ya...kalau masin ni kita makan dengan nasi hilang masin tu ok lagi. Hangit tu saya tak boleh tolerate. Tak suka makanan yang ada rasa hangit. Apa pun saya sendiri kena cuba dendeng ni baru boleh tahu kena ke dengan tekak.
ReplyDeleteMemang terasa hangit daging masa makan. Ada yang kata elok je rasa. Mungkin setiap batch tak sama rasanya.
Delete