Dulu pernah ada pokok bunga telang kat belakang rumah. Tapi lepas jadi semak disebabkan sifat pokok bunga telang yang menjalar dan merimbun, maka pokok tu terpaksa dimusnahkan.
Hujung tahun lepas aku mula tanam pokok bunga telang. Beli kat Shopee segala biji benih. Ya. Aku tanam guna biji benih je. Pokok bunga telang senang nak tumbuh.
Sakan betul pokok-pokok ni mengeluarkan hasilnya iaitu bunga. Ada 7 jenis: biru muda, biru tua, ungu, putih, sky blue, light blue dan light blue 2 lapis. Aku tanam pada para yang aku DIY sendiri. Tanam dalam polibeg je. Kalau tanam atas tanah terus, risau makin berserabut.
Sekarang tengah tunggu pokok-pokok ni hasilkan benih. Benihnya dari kacang yang tumbuh dari bunga. Kalau tak petik bunga, insyaAllah bunga tu akan bertukar jadi kacang. Dalam pod kacang tu lah ada beberapa biji benih pokok bunga telang.
18 Comments
suka tengok bunga telang ni
ReplyDeletetapi tak rajin nak membela
hehehe
Itu lah. Kena rajin. Kalau malas, alamat semak lah kawasan rumah.
Deleteingatkan bunga telang ni satu warna je. barulah tau. banyak ni, nak guna buat masak or buat air pun puas dah
ReplyDeleteBanyak warna. Banyak pokok telang yang dah di hybrid.
Deletelaa rupanya ada 7 warna bunga telang ni .hahaha CCL baru tahu kat rumah CCL ni ada 2 warna jer , telang putih & telang biru tua tu . pokok ni memang mudah hidup & mudah berbunga
ReplyDeleteAda lebih 7 rasanya. Banyak lagi. 😅
Deletewahhh baru tawu rupanya ada lebih dari 1 warna! menarik jugak nak tanam tp nak kena rajin pruning kalu tidak jadi semak samun pulak hehehe
ReplyDeleteKann. Kena pruning sebab sekejap je pokok ni membesar.
DeleteBanyak khasiat bunga telang ni
ReplyDeleteBetul tu Wak.
Deletepokok jenis menjalar ni kena rajin kalau tidak habis semak.
ReplyDeleteBetul. Hari-hari kena jenguk.
DeleteUntung sangat tanam je hidup. Kalau tanam atas tanah memang subur betul. Lagi lagi di kampung. Elok je hidupnya. Saya tanam di bandar memang tak hiduplah dia. Persekitaran tak sesuai mungkin. Sayang pula kalau nak dibuang terus, kalau sentiasa trim mungkin okay kot kan.
ReplyDeleteMemang. Pokok ni kena rajin siram sebab banyak daun yang perlu air.
Deletecantik buynganya... org buat pewarna makanan..
ReplyDeleteBetul. Biasanya nasi kerabu kalau kat Malaysia ni.
Deletecantiknya mcm2 warna ada pula ye
ReplyDeleteKann. Sekarang galak betul pokok ni berbunga.
Delete