Beberapa hari lepas viral isu sekumpulan Mat Saleh yang tak dibenarkan naik bas sebab takde kad Touch 'n Go. Untuk pengetahuan, dah lama bas-bas ting tong kat bandar terutamanya, implimentasi pembayaran menggunakan kad Touch 'n Go.
Maksudnya dah tak boleh pakai cash sama ada duit kertas atau syiling. Contohnya mana-mana transport under rapidKL hanya boleh bayar pakai kad Touch 'n Go, Kad Konsesi MyRapid atau IC. Even bas Nadiputra kat Putrajaya pun pakai kad Touch 'n Go.
Sumber dari Perbadanan Putrajaya. |
Aku pun bukan biasa sangat laluan bandar-bandar besar macam KL. Aku ingat lagi masa first time aku nak pergi Kinokuniya. Malam tu gigih cari info online, survey harga, banding harga transport apa semua. Risau sesat. Risau terlebih bajet. Ye lah. Tak pernah aku ke sana dengan public transport sorang-sorang.
Siap bukak page KLIA Express sebab nak cari laluan dan harga ERL. Siap bukak page MyRapid sebab nak tahu laluan LRT dan MRT. Pastu cari lagi cara nak topup kad Touch 'n Go. Nasib baik kat tepi kaunter ERL Putrajaya Sentral ada kiosk untuk topup kad Touch 'n Go.
Bila wujudnya kes Mat Saleh yang dinafikan hak untuk naik bas, aku pelik lah. Aku tertanya-tanya jugak. Diorang datang dari mana? Menginap kat mana? Hotel? Kat hotel takde WiFi ke? Diorang tak cari info nak naik bas? Diorang takde tanya staff hotel pasal cara naik bas kat sini ke?
Cuma yang aku setuju bab bus stop takde bumbung atau tempat duduk. Sepatutnya mana-mana bus stop wajib ada tempat berteduh. Pelik jugak aku bus stop situ kosong macam tu je.
Sebab setakat aku naik turun bas kat KL dan Putrajaya, tak pernah lagi aku jumpa bus stop yang tak berbumbung. Semua elok je. Kadang ada bus stop siap apa dinding plastik lagi untuk elak tempias hujan.
Tempat aku sesat masa first time naik MRT Putrajaya. |
Kalau dapat driver yang baik dan memahami, mungkin Mat Saleh tu dibenarkan naik sehingga ke pusat bandar untuk buat kad Touch 'n Go. Sebab owner video kata kat 7e area tempat kejadian takde stok kad Touch 'n Go. Kalau dapat driver yang 100% ikut SOP, nak buat macam mana kan?
Tapi itu lah. Masalah orang. Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Harapnya bila benda macam ni dah viral, semua alert lah dan ambil cakna sistem pengangkutan awam. Harapnya perjalanan Mat Saleh tu semua dipermudahkan. Tu baru naik bas. Kalau naik train macam aku yang tak biasa ni, mau pening lalat nak cari laluan mana.
19 Comments
Ammi slalu naik bus MRT. Majority hentian utk laluan bus ni xde proper bus stop pun. Takat satu tanda menunjukkan itu bus stop. Mungkin sbb bus ni lalu jalan dalam taman kot
ReplyDeleteItu lah. Sepatutnya kena siapkan bus stop sebelum launching laluan baru. Even dalam taman sekalipun, perlu ada. Sebab kat situ lah tempat menunggu, naik dan turun penumpang. 😓
Deletedekat Shah Alam banyak je bus stop yang tak berbumbung. dia macam pacak apa tu macam tiang dan jadual bas kot entah la. lepastu ada kotak empat segi untuk duduk. ada 2 ketul kot. macam tu jela hahahaha. .lucu. tp mungkin macam 'hisptur' lah kot.
ReplyDeleteTeringin nak tengok rupanya. 😂
DeleteKalau takde bumbung, entah macam mana lah nak menunggu waktu musim panas macam sekarang ni. Kena sediakan payung siap-siap agaknya.
waduhhh Ana ni lagi lah mmg pernh naik public transport sorang-sorang, pergi mana-mana mesti mintak tlg Abg Long/Kak Ipar/Adik tlg teman sbb takut sesat atau jd mslh mcm gitu lah eeehehe
ReplyDeleteItu lah. Kita yang kat negara sendiri pun risau nak naik public transport.
Delete*mmg tak pernah
ReplyDeleteentahlah, tak tahu cerita sebenar tak berani komen kan. tapi ikut logik, bila nak travel kena buat research lah. cuba kalau kita gi negara dia, slip gaji pun diorang nak check.
ReplyDeleteKann. Setakat yang saya tahu, public transport kat sana semuanya pakai kad dan ada pass harian kalau nak jimat. Kalau nak naik bas, tak boleh naik macam tu je. Kena tunjuk kad yang kita beli dari kaunter.
Deletezaman dah menuju ke arah cashless. mat salleh tu patut buat research.. lain la kalau kat jepun.. masih lagi pakai cash
ReplyDeleteBetul. Setiap negara ada cara tersendiri. Kena prepare sebelum mulakan perjalanan.
Deletesy x jelas dgn apa yg berlaku
ReplyDeletekalu x silap diorg g batu caves naik komuter
then nk blk KL naik bas
tp ms naik komuter, diorg byr guna apa?
sbb komuter dah guna apps.
TnG still terima..
dah tu, mcm mn diorang boleh naik komuter?
tp ko sbg pelancong, tak kisahlah dtg negara mana, at least buatlah sedikit persediaan...
hmm ke...sy salah baca?
Tak pasti diorang bayar tiket komuter guna apa. Sebab tak pernah guna app komuter. Mungkin diorang register dan beli tiket guna debit atau kad kredit.
Deletezaman sekarang nak naik kenderaan awam pun dah kena TNG bagai kan . alahaiii zaman cashless . kesian pulak pada warga tua kalau tak tahu apa-apa
ReplyDeleteItu lah. Mungkin sebab tu ramai yang selesa untuk naik kenderaan sendiri. 😅
DeleteSekarang zaman serba cashless. Kita kalau ke tempat orang mesti study dulu kan. Risau jadi macam ni lah. Kita juga yang susah kalau tak ikut rules negara orang. Yang menawarkan perkhidmatan pun, berilah maklumat yang jelas dan sekurang kurangnya membantu.
ReplyDeleteItu lah. Sebab tu saya risau nak travel negara orang. Dalam negara sendiri pun boleh sesat. 😆
Deleteada pro and cons tapi skrg ni zaman cashless kan
ReplyDeleteBetul. Lagi-lagi public transport.
Delete