Berjaya tukar jadi Hierarchy Blog Archive widget.


Sejak tukar template terbaru blog 3 tahun lepas, aku termenung sendiri mengenangkan salah satu widget blog aku yang hidup segan mati tak mahu iaitu Blog Archive.

Widget Blog Archive ni merupakan widget tersimpannya senarai entri yang lepas. Widget ni memudahkan pengunjung atau pembaca untuk tengok balik entri-entri kita sebelum ni.

Ada 3 jenis design Blog Archive yang Blogger sediakan iaitu:
  • Hierarchy
  • Flat List
  • Drop-down Menu

Template aku dah in-built dengan design Flat List. Kalau tengok gambar kat bawah ni, macam ni lah bentuk Flat List. Ada tahun dan bilangan entri.

Flat List. Simple tapi tak praktikal.

Tapi malangnya, bila klik tahun tu, hanya beberapa entri lepas yang dipaparkan. Aku kira dalam 6 entri terkini untuk tahun tu. Contohnya bila aku klik tahun 2024, hanya 6 entri terkini yang muncul. Entri lain nan hado! Macam tu lah jugak dengan tahun 2023, 2022 dan seterusnya.

Banyak kali aku cuba ubah dalam Layout > Blog Archive tapi tetap design Flat List yang muncul. Aku ubah coding dalam Theme pun tak boleh jugak. Aku saspek developer yang buat template ni memang nak jadikan template ni macam ni. Ada Flat List je. Design lain tak boleh.

Tapi aku tak putus asa. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Aku cari seluruh Internet cara nak ubah kepada jenis Hierarchy dan akhirnya berjaya jugak aku ubah!

Tengok belah kanan bawah tu.

Hasilnya jeng jeng jeng! Cun tak? Aku perlukan design Blog Archive pesen gini lah. Mudah nak tengok entri lama dan baru. Dalam masa sama, dikatakan design Hierarchy ni dapat tingkatkan traffic blog. Entah betul ke tak tak tahu lah. Yang pasti, design ni sangat praktikal.

 P.S. Kalau ada masa terluang, nanti aku kongsi cara nak tukar kepada widget Hierarchy khas kepada blogger yang ada masalah macam aku ni disebabkan setting template. Caranya renyah sikit tapi berbaloi-baloi.

Post a Comment

24 Comments

  1. Tahniah. Nanti boleh lah share.

    ReplyDelete
  2. Betul saya suka selak pos lama seorang blogger. Kadang-kadang ada butang nombor 1 dan next. Jenuh juga sebab kadang-kadang tidak dapat tengok tajuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah perasaan saya bila blogwalking. 😅

      Delete
  3. Bagus BK tau juga bab2 ni, PH ni apa yg ada je la. Malas betul nak godek² plus kita belajar sendiri nak berblog pun huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat apa yang termampu je. Sebab semuanya ada dalam Internet. 😀

      Delete
  4. buat totorial mcm mn nak tukarkan bentuk segitiga tu
    dulu puas cari tapi bla buat tak jadi
    hahahaah

    ReplyDelete
  5. saya pun suka blog archive hierarchy. sesetengah blog takde option older or newer post. tengok kat situ jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang sangat berguna untuk baca entri lepas.

      Delete
  6. template blog CCL pun jenis flat list . susah jugak nak tengok entri-entri apa yang kita update untuk bulan ni dan bulan lepas . lebih suka jenis hierarchy ni tersusn mudah nak tengok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flat List kemas tapi tak function sebagai archive. Macam lebih kepada post counter.

      Delete
  7. tutorial plese . walaupun bukan mudah mana tahu ada tutorial CCL berjaya tukar flat to hierarchy

    ReplyDelete
  8. Template baru sekarang memang banyak guna flat list dan drop down tu. Saya suka jenis hierarchy, senang nak tengok entry entry lama tanpa perlu next atau previous post. Sebab tu susah nak bertukar template sbb template sekarang dah mmg jenis hierarchy. Nanti bolehlah share caranya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Jenis Hierarchy paling sesuai. Jenis lain macam untuk kekemasan je.

      Delete
  9. Saya tidak begitu mahir dalam bab teknikal blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun. Belajar sikit-sikit apa yang patut. 😁

      Delete
  10. mama pun suka jenis hierachy ni. mama baru tukar template tak sempat lagi nak tgk ada masalah ke tak dgn archieve ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template Mamapipie cantik dan kemas dah tu. 😄

      Delete
  11. ahah! cepat nanti boleh share caranya tau hehehe

    ReplyDelete