Jumpa Ribena versi Mechamato dalam AEON.


Hari tu aku ada singgah AEON. Masa masuk bahagian grocery, ternampak pulak deretan air kordial buah ada gambar Mechamato. Sekali tengok macam Ribena. Benda baru ni. Jadi, aku pergi lah dekat rak tu.

Aku tengok kordial ni jenama Top Valu yakni jenama dari AEON tu sendiri. Bukan Ribena. Pelik jugak aku macam mana boleh AEON buat kordial ni. Mungkin sebab Mechamato tengah famous kat Jepun? AEON kan dari Jepun.


Harga sebotol pun lebih kurang sama dengan Ribena. Ada 2 perisa: Blackcurrant dan Mixed Berry. Aku beli Mixed Berry sebab perisa Blackcurrant tu mungkin sama je macam Ribena yang dah ada kat rumah.


Selain kordial, ada jugak benda lain yang Mechamato ni jual iaitu Chocolate Cube. Terliur nak beli tapi macam mahal sangat lah. Dah nak sama dengan harga kordial. 😂

Malam tadi, aku cuba lah kordial Mechamato. Aku masukkan lebih kurang 2 sudu kordial dalam cawan. Aku tak taruk gula sebab kordial macam ni dah cukup manis. Lepas tu, taruk sikit air dan ais.


Rasanya memang nak sama dengan Ribena. Masam-masam manis. Sedap sangat. Rasa campuran buah-buah beri tu memang jelas terasa. Berbaloi lah beli kordial Mechamato ni.

Post a Comment

16 Comments

  1. Replies
    1. Masti tu. Lagipun jarang nak jumpa benda ni.

      Delete
  2. Wah menarik...lepas ni takyah beli Ribena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak. Kena tengok mana yang lagi murah.

      Delete
  3. citer mechamato yg dialih suara ke suara jepun terasa lebih mengancam dan bersemnagt.. mungkin sebab dlu kecik2 kalau tgk citer begini mesti dlm bhs jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun perasan macam tu jugak. Semangat dia lain macam walaupun tak faham apa yang diorang cakap.

      Delete
  4. waahhh menarik ni tp aduhai jauh pulak nak pegi Aeon hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada lah tu seller yang jual dalam Shopee atau Lazada.

      Delete
  5. laaa semalam lalu kat rak kordial aeon boleh pula x perasan yg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melepas. Nanti kalau pergi lagi jangan lupa singgah situ.

      Delete
  6. Dia punya tarikan tu, terus terbeli jugak kan. Jarang masuk bahagian makanan dalam AEON. Kalau pergi pun beli sushi. Dulu suka minum Ribena. Rasa dah bertahun tak minum ribena kot. Bolehlah beli buat stok untuk raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai kan AEON promote. Dah lah letak kat rak depan tempat orang lalu.

      Saya pun jarang jugak masuk market AEON. Tapi bila dah datang mall ni, macam rugi pulak tak pusing market walaupun sekejap. 😁

      Delete
  7. Ni kalau lalu dengan anak si no 2 dgn 3 ni mau kena cukai ni hahaha :D

    ReplyDelete