Pengalaman ke Pesta Buku Kelantan 2024 di Mydin Mall Tunjong.


Khamis, 25 April 2024 bermula lah hari yang ditunggu-tunggu peminat buku terutamanya yang tinggal kat Kelantan. Setiap tahun, SMO Bookstores akan adakan pesta buku kat Mydin Mall Tunjong.


Semalam sempat lah aku pergi sana. Aku sampai dalam pukul 10.00 pagi tapi terasa lewat sebab masa kat sana, penuh dengan pelawat. Paling ramai harus lah pelajar sekolah. Masa kat luar mall lagi dah nampak beberapa biji bas yang turunkan budak-budak sekolah.

Bila masuk pesta buku, tetiba jadi nostalgik. Teringat aku masa zaman budak sekolah. Masa sekolah rendah, selalu jugak aku join. Pernah pergi ke Planetarium Negeri. Kat kawasan luar, ada jualan buku. Pernah jugak pergi mana entah tak ingat. Kat situ ada pesta buku yang lagi besar. Tapi mampu tengok je sebab tak mampu nak beli. Tak sempat nak simpan duit sebelum join pesta buku. 😅

Masih kekalkan format yang sama


Feel nya lebih kurang sama macam tahun lepas. Ramai orang, banyak company jual buku, ada event kat pentas dan tepi pentas termasuk lah kedatangan maskot burung dan katak yang aku tak sempat nak snap gambarnya.

Pintu masuk pesta buku.

Peta lokasi.

Lorong ni penuh dengan komik dan buku cerita.

Sempat layan show dari pelajar sekolah.

Berpuluh kaunter bayaran yang ada.

Meet and greet penulis buku


Ada beberapa reruai atau booth tambahan. Kalau tahun lepas, booth Iddin Ramli diserbu peminat yang nak bergambar dan autograf, kali ni ada beberapa booth tambahan termasuk lah booth Adnin Roslan dan pasangan Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang sempat aku singgah masuk.

Selfie dengan Iddin Ramli.

Selfie dengan Adnin Roslan.

Selfie dengan Alif Teega.

Tapi aku tak beli pun buku-buku diorang yang aku kategorikan sebagai agak mahal berbanding buku-buku lain. Tak cukup bajet. Aku nak beli komik pun puas duk kira baki duit raya yang ada. 🤣

Meriah tu memang meriah pesta buku ni. Ye lah. Hari pertama dibuat pada hari Khamis. Sekolah pun apa lagi, buat lah lawatan sambil belajar. Boleh ajak pelajar untuk join lawatan ni dengan cikgu-cikgu bagi pelajar yang tak dapat pergi dengan keluarga atau sendiri.

Aktiviti tambahan menarik


Kali ni, SMO ada jugak buat aktiviti tambahan yang aku suka. Antaranya follow dan like FB page diorang untuk dapat merchandise percuma iaitu penanda buku. Walaupun masih takde logo pesta buku yang aku harapkan untuk buat kenang-kenangan, tapi ada lah jugak logo SMO kat situ (tengok gambar bawah sekali).


Tu pun sebenarnya aku dapat lepas puas duk pusing dalam tu. Masa masuk, aku tanya staff kat situ bila boleh dapat penanda buku. Tapi diorang cakap tak ready lagi. Belum bukak kotak apa entah. Mintak aku tunggu. Nasib baik masa nak bayar buku, aku pergi tanya semula pasal ni dan dapat jugak penanda buku special pesta buku ni.

Harap tahun depan, diorang upgrade merchandise ni. Jual keychain ke kad ke atau apa-apa barang yang boleh jadi aksesori. Tetapkan harga dalam RM1 hingga RM2. Percaya lah, budak-budak sekolah confirm beli. Sebagai kenangan berjaya jejakkan kaki ke pesta buku ni.

Upgrade booth jualan


Booth Gempakstarz pun ada bagi free gift untuk beberapa pembelian buku diorang. Dulu benda macam ni memang takde. Sebab tu aku berkira nak datang sini. Bila fikir balik, beli online lagi berbaloi sebenarnya. Tapi tahun ni, diorang siap offer sampul raya dan recycle bag.

Penuh dengan komik dan novel Gempakstarz.

Booth ni paling depan pintu masuk.

Staff yang handle ni pandai susun barang kat sini.

Yang ni penyebab aku tertarik masuk sini.

Kat booth Gempakstarz ni masih macam dulu. Takde jual komik latest macam komik BF-KU Idola K-Pop?, novel Detektif Hantu, komik Koleksi Terulung Keladi, Dunia Monster, Bala Penangkal, Cinta Solo, Happy Messy Life dan Under 18 Spirit. Pek Khas Mechamato pun takde kat sini. Terkilan jugak lah sebab aku masuk booth Gempakstarz pun sebab nak cari komik terbaru.

Booth Komik-M pun lebih kurang sama dengan booth Gempakstarz. Banyak komik latest takde. Aku cari komik Simuraq tapi tak jumpa. Misi Bumi Hijau lagi lah takde. Seolah-olah kat sini, diorang tak kisah sangat komik latest ke lama ke. Padahal pesta buku ni bukan event kecik. Time ni lah sepatutnya diorang boleh gunakan peluang untuk promote kaw-kaw naskah baru terbit diorang.

Ruang Komik-M nampak slow sikit masa aku datang.

Antara jualan secara bundle.

Setahu aku, Komik-M ada je poster, kalendar dan poskad berkaitan komik terbitan Komik-M (dan PTS). Aku pernah dapat masa beli komik kat Shopee dan masa pergi Pesta Buku Antarabangsa PBAKL. Sepatutnya waktu macam ni lah boleh bagi benda-benda macam tu untuk setiap pembelian kat booth ni.

Booth Bekazon nampak tak kurang sendunya di situ. Walaupun lokasinya kat kawasan depan, tapi kurang yang singgah untuk beli. Sebab? Harga majalah komik Bekazon bukan murah. Cecah RM20 dan ada yang lebih dari tu. Aku yakin majoriti pelajar sekolah yang datang, mampu tengok je. Mungkin jugak target market diorang bukan pelajar sekolah, tapi pelajar IPT atau golongan yang dah bekerja.

Buku menarik tapi harga kacau.

Harap lepas ni, SMO buat lah kerjasama secara direct dengan penerbit Bekazon ni (APT Inventions). Kalau harga tak boleh kurang lagi, buat lah something yang boleh tarik perhation customer untuk beli. Jualan combo ke, free gift rare ke. Atau lain kali, mintak kartunis Bekazon datang sekali. Buat meet and greet gitu macam diorang datang kat PBAKL.









Sebelum pukul 12 tengah hari, aku chow dari situ. Sebab makin lama makin ramai pulak yang masuk. Budak sekolah pun dah slow-slow keluar. Kat luar, cikgu-cikgu dah mula kumpulkan anak-anak murid diorang sambil tunggu bas datang ambil diorang.

Apa yang aku beli?


Tak banyak pun. Sebab majoriti buku yang aku nak, dah ada dalam Shopee atau Lazada. Aku pulak jenis tak suka mintak autograf penulis atau pelukis kat dalam buku. Sayang buku diconteng. Cuma untung datang sini, boleh belek-belek sikit kandungan buku atau komik yang aku nak beli. Kalau best, aku sambung beli online. Kalau biasa-biasa, tengok je lah yang mampu.




Komik Ejen Ali aku beli sebab booth company diorang kat sini memang updated. Sama macam tahun lepas. Semua buku, majalah atau komik Ejen Ali ada. Kecuali yang dah habis stok. Kalau cari dalam kedai SMO memang takkan jumpa lah. Hanya kat pesta buku ni je semua ni muncul.


Atas ni pulak komik yang aku saspek dah lama tak terjual dalam kedai SMO. Sebab kondisinya agak berdebu kehitaman. Banyak komik yang rosak dan kemik. Tapi nasib baik aku jumpa komik yang masih elok. Ambil je lah kan? Dah harga pun RM2 seketul. Berbaloi lah beli.



Tapi sayang. Kebanyakan buku-buku kat sini jualannya semata-mata bergantung kepada diskaun dari SMO. Dapat 15% off untuk ahli, bukan ahli dapat 10% off. Banyak penerbit yang tak sediakan free gift atau merchandise bila beli produk diorang. Kalau lah aku ni salah satu CEO penerbit kat dalam ni, memang aku akan sediakan free gift untuk kenangan.

Penanda buku sebagai kenangan datang pesta buku kali ni.

Tak bankrap pun kalau bagi penanda buku, kad atau poskad kecil setiap kali customer beli kat situ. Lepas bayar kat kaunter cashier, datang semula ke booth penerbit untuk claim free gift. Lepas dah bagi, cop siap-siap resit pembelian tu biar takde yang ambil kali kedua guna resit sama. Bijak tak? 😆

Keseluruhannya, event kali ni agak menarik jugak lah. Ada yang improve, ada yang maintain. Cuma macam aku info, ramai sangat pelajar sekolah yang datang. Buat company atau penerbit buku, guna lah peluang ni untuk boost sales. Bukan apa, walaupun ramai pelajar yang masuk dalam tu, tak ramai pun yang keluar dengan buku kat tangan.

Post a Comment

4 Comments

  1. jamni ramai dh x baca buku, novel n suratkhabar sejak adanye internet.. semua info dihujung jari.. hmm

    ReplyDelete
  2. Pesta buku semestinya pelbagai buku yg ada kan . Bestnya jumpa iddin ramli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak penerbit yang ada. Cuma tak biasa dengar je.

      Delete