Bunga rain lily hiasan laman.


Mulanya aku tak tahu pun pokok ni pokok bunga. Masa tengah sapu sampah tepi rumah, aku perasan lah ada sekuntum bunga pink yang mekar kat kawasan tanah bakar.

Bila perhati sekeliling, banyak pulak pokok ni. Ingatkan daun kucai. Sebab daunnya macam nak sama. Tapi bila ada bunga kat celahan daun tu, memang sah bukan daun kucai.

Aku cari dalam Internet, jumpa jugak nama pokok bunga ni: rain lily. Ada pelbagai warna. Tapi yang aku jumpa ni, warna pink.



Maka, aku pun ambil dan tanam dalam pasu. Pokoknya hidup subur tapi bunganya jarang muncul. Sebulan sekali pun payah nak tengok. Mungkin bunganya keluar bermusim kot.

Bila bunganya dah muncul dan kembang dengan mekar, excited lah aku. Bukan senang nak tengok secara live bunga rain lily ni mekar. 😆

Post a Comment

10 Comments

  1. cantik sangat ada dua warna setakad ni yang kak ana pernah jumpa, putih dan pink ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna putih belum jumpa lagi. Mesti cantik tu.

      Delete
  2. Pandai dia tumbuh di laman org yg minat dgn tanaman, terus diambil bela makin subur jadinya 👍

    ReplyDelete
  3. opah sy time sihat dulu rajin tanam pokok ni kt tepi laluan jalan dpn rumah... nampak cantik je bila merimbun...

    ReplyDelete