Dorayaki perisa kelapa? Tak pernah dibuat orang!


Tadi masa singgah kedai runcit, aku masuk ruang bakeri. Nak tengok roti apa yang ada. Ingat nak beli roti hiris pek pendek tapi takde pulak. Pek panjang je yang bertimbun.

Masa tengok kat atas rak tu, aku ternampak sesuatu: dorayaki perisa kelapa dari Top Baker. Sebelum ni tak pernah ada kat situ. Barang baru mungkin.

Ada 5 paket. Aku ambil semua. Sebab produk Top Baker selalunya sedap. Pek dorayaki tu harganya RM1.30. Masih maintain harga yang sama macam dorayaki perisa blueberry sebelum ni.


Balik rumah, aku terus makan. Memang sedap. Bila sentuh, lembut dan bila makan, rasa fluffy sangat penkek yang digunakan untuk buat dorayaki tu.


Intinya pulak sangat nyaman. Jem kelapa campur kelapa parut. Setiap kali gigit inti, terasa crunchy sikit sebab ada kelapa parut dalam tu. Bagi aku, menjadi betul dorayaki Top Baker yang ni. Ini lah dorayaki versi Malaysia!

Post a Comment

14 Comments

  1. dah lama sungguh x makan dorayaki

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Kalau inti kelapa memang suka. Lama tak makan dorayaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bagi saya, ni dorayaki paling sedap pernah saya makan.

      Delete
  3. Dah lama tak makan dorayaki. Sebenarnya bukan peminat dorayaki tapi cuba jugak sbb masa kecik2 dulu tengok Doraemon makan mcm sedap je 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Susah nak cari dorayaki melainkan kat dalam mall. Nasib baik company roti ada jual dorayaki. Senang lah nanti nak makan.

      Delete
  4. kalau msk kan dlm microwave kasi panas sikit tentu lg sedap...

    ReplyDelete
  5. bagus..pelbagai inti..mesti doraemon suka kalau dtg Malaysia...hehe..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah nampak lagi.. Boleh cuba juga nie nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorayaki ni jarang muncul. Mungkin production tak banyak.

      Delete