Kuih jem mengimbau kenangan.


Bukan selalu aku makan kuih ni. Sebelum ni aku tak tahu nak panggil kuih ni dengan nama apa. Tapi bila tengok kat paket, namanya kuih jem.

Dulu-dulu masa kecik memang aku suka sangat kuih ni. Masih tengiang-ngiang rasanya bila cair kat lidah. Tapi sekarang ni nak jumpa yang sedap, bukan main payah.

Kat kedai runcit, banyak je jual kuih ni. Tapi rasa tak sedap! Tengik dan dohnya keras ibarat kalau baling kat anjing confirm benjol kepala anjing tu.

Masa masuk kedai ECO, jumpa kuih ni. Ada beberapa syarikat yang buat. Tapi aku ambil yang Delicies sebab nampak meyakinkan sikit dari yang lain.



Bila makan, memang sedap 100%. Tak rasa tengik atau keras langsung. Lembut je bila gigit. Rasa intinya berlemak. Nak cari kuih jem yang sedap macam ni memang payah.

Bila makan, teringat pulak zaman kecik. Bila beli satu pek, makan ramai-ramai satu famili. Tak ingat lah harga berapa dulu. Kalau sekarang RM2.40, dulu mesti lagi murah kan?

Post a Comment

11 Comments

  1. Macam pernah makan kuih ni masa kecik isinya macam kenyal2 kan dan luar dia lembut.

    ReplyDelete
  2. percaya tak saya langsung tak pernah makan kuih ni walaupun banyak kali nampak kat kedai-kedai runcit? xD memula saya ingatkan isi hitam tu rasa macam red beans

    ReplyDelete
  3. selalu nampak tapi jujurnya sy x penah rs nak bli. x tau laa knape😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah rasa. Mana tahu nanti berkenan. 😁

      Delete
  4. Hah betul, rasa tengik kuihnya yg versi dulu² la :D
    Sampai sekarang tak pernah beli dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam ECO banyak versi. Mungkin boleh cuba pilih yang mana kena dengan tekak.

      Delete
  5. Pernah mkn tapi kurang suka intinya...selalu beli biskut pong..

    ReplyDelete
  6. Selalu je nampak kuih ini.. Teringin nak cuba tapi tu lah, tak pernah beli pun.. kikiki..

    ReplyDelete