Macam biasa. Bila aku nak pergi Konikuniya, aku akan guna public transport. Lagi jimat dan cepat. Lebih-lebih lagi bila kat Putrajaya dah ada MRT dan ada promo daily pass. Hanya bayar RM6 (dah naik harga dari RM5) untuk perjalanan dalam masa sehari tu.
Aku pergi masa weekend. Memang dah agak kat sana sesaknya macam mana. Lagi-lagi bahagian kedai makan dan food court. Penuh dengan manusia yang seronok menjamu selera.
Nasib baik kali ni dalam Kino tak ramai orang. Takde lah aku nak berlaga punggung tiap kali lalu lorong rak buku yang sempit. Dapat relaks sikit usha kepelbagaian spesies buku kat situ.
Perjalanan ke KLCC
Bila ada MRT, dah tak perlu aku naik ERL yang harganya bikin panas. Tak perlu lagi aku buat kira-kira untuk naik turun ERL dan LRT. Bila guna MRT, perjalanan aku macam ni:
- Rumah > MRT Putrajaya
- MRT Putrajaya > MRT Ampang Park
- LRT Ampang Park > LRT KLCC
Oh, lupa nak info! Kino ni ada dalam KLCC. Lebih tepatnya, Suria KLCC yang merupakan mall dalam KLCC. Jadi, nak ke sana kena pilih stesen KLCC, bukan stesen Persiaran KLCC.
Masa naik MRT Putrajaya, nanti kena turun kat stesen MRT Ampang Park. Lepas tu, jalan sikit keluar stesen tu untuk naik LRT Ampang Park. Stesen LRT ni bangunan yang lain dari stesen MRT tu. Aku kira dalam 5 - 7 minit jugak lah jalan kaki.
Bila dah sampai kat stesen LRT Ampang Park, naik train tu dan turun kat stesen LRT KLCC. Yang ni perjalanannya dekat je sebab satu stesen je jaraknya.
Dah ada kat luar LRT KLCC tu, aku ikut je sign board yang tulis KLCC. Tak perlu risau sangat kalau sesat sebab ramai orang. Kalau tak yakin, aku tanya staff kat kedai-kedai tepi tu kat mana nak ke KLCC.
Trick tak nak sesak dalam KLCC
Sebelum ni aku dah beberapa kali masuk KLCC. Selalu ramai orang. Nak jalan naik escalator dan lif pun kena beratur. Masa pergi hari tu, aku jumpa jalan yang tak sesak langsung.
Keluar je dari LRT KLCC tu, aku jalan terus (ikut signboard) ke Suria KLCC. Sampai pintu masuk mall tu, level tu dipanggil Level Concourse. Kat situ lah bermulanya kesesakan manusia.
Aku jalan terus sampai penghujung level tu dan naik lif ke tingkat 4 sebab Kino ada kat level tu. Masa keluar dari lif tu, punya lah aku excited. Takde orang bersesak kat situ. Kalau ada pun sorang dua je. Lega rasanya tak payah beratur guna escalator atau lif.
Belah kanan tu lorong ke bahagian dalam mall. |
Tenang kan kawasan ni? Lengang je. Nak OOTD pun boleh. Dari sini nak ke Kino, kena jalan jauh sikit lah. Tapi takpe. Asalkan tak perlu bersesak.
Opss! Tandas RM2 dalam KLCC
Depan lif belah sini, ada tandas. Tapi dalam banyak-banyak tandas tu, ada level berapa entah yang tandasnya kena bayar RM2.
Mulanya aku tersalah masuk. Malangnya jamban penuh. Aku keluar tapi ada guard tegur aku mintak aku bayar RM2. Aku cakap yang aku tak guna pun tandas tu dan terus masuk lif ke tandas level lain.
Dalam hati aku, KLCC pun nak caj jugak ke tandas? Hurmm. Pelik aku. Setakat guna tisu atau sabun premium, bagi free je lah kan? KLCC kot.
Cari komik dalam Kino
Masuk je dalam Kino, aku terus pergi bahagian Bahasa Melayu. Nak tengok sendiri depan mata buku apa yang baru susun kat rak tu.
Banyak buku menarik. Banyak buku baru. Komik, novel dan bacaan ilmiah pun banyak yang baru. Aku kalau datang sini, memang aku masuk cari komik je. 😆
So far mampu sentuh je. Mahal sangat lah komik gini. |
Antara judul lain penulis Adnin Roslan. |
Novel paling baru Ramlee Awang Murshid. |
Belum sempat beli siri komik Aku, Kau & Hantu. |
Komik-komik terbaru Gempakstarz. |
Lawak Kampus dan komik Keluarga Lalala. |
Wajib ada semua siri ni. |
Komik Rempuhan Berani Mati! tu antara komik terbaru Gempakstarz. |
Azure & Claude yang memanggil-manggil mintak dibelikan. |
My Secret Romance ni komik terbaru Kaoru versi English. |
Hope Omnibus. Nak beli tapi harga tak nak kalah! |
Cardcaptor Sakura yang comel. |
Komik Time Petrol Bon sebelah tu. Animasinya ada dalam Netflix. |
Karya Akira Toriyama. |
Lepas puas pusing dalam tu yang tak sesak dengan manusia, aku pun chow. Pergi semula ke lif paling hujung dan turun ke Level Concourse.
Tambang LRT dan MRT tak payah risau dah. Semua termasuk dalam daily pass RM5 tu. Cuma waktu nak balik ni, aku tak terus balik Putrajaya. Aku singgah pergi ke AEON Taman Maluri. Nanti entri akan datang aku cerita.
Aku beli yang termampu je
Plan datang sini sebenarnya aku nak dapatkan seketul majalah ni je: The Bookish Comics Edition 2024. Tak silap aku last diorang terbitkan masa tahun 2016.
Majalah ni lebih kurang macam majalah POPClub dari Popular. Tapi yang Bookish ni sikit je muka suratnya. Entah kenapa aku nak sangat majalah ni. Mungkin sebab jarang muncul?
Kalau tak nak baca atau tak sempat nak dapatkan versi fizikal, majalah ni ada versi digital. Boleh baca kat laman ni: The Bookish Comic Edition 2024.
Kali ni tak banyak pun aku beli buku kat Kino. Sebab nanti nak beli online kat Shopee dan Lazada. Dapat harga lagi rendah bila guna voucher diskaun.
Kedua-dua buku ni aku belum baca. Aku beli buku Sinappapal tu sebab memang dah lama aku nak beli. Pernah nampak dalam Shopee tapi lupa terus nak beli. Kebetulan pulak boleh jumpa buku ni kat sini.
Misi GOG tu pulak baru je terbit volume kedua. Apa lagi, terus aku sambar. Padahal volume pertama pun tak sempat nak baca. Dulu volume pertama pun aku beli jugak kat Kino masa singgah awal tahun ni. 😆
11 Comments
Ya Allah dah lama sangat berhenti dari membaca komik... Last p Kinokuya pun masa bujang..nie dah 13tahun kahwin
ReplyDeleteLama sangat tu. Mesti bila datang ke sana nanti, perasan banyak yang dah berubah.
Deletewahhhh lapangnya laluan tu takda bersesak-sesak! seronok jln mcm tu tp kena ada teman lah takut pulak sorang hehe
ReplyDeleteKena ada teman lagi baik. Sorang-sorang pun bahaya walaupun dalam mall.
DeleteAda tak Samurai X?
ReplyDeleteTak perasan ada ke tak. Sebab kebanyakan yang display, komik cerita baru-baru.
DeleteMemang tengah mencari jalan nak ke KLCC dari Putrajaya atau kawasan yang terdekat. Kalau MRT Putrajaya ni boleh la naik kat UPM. Laluan dia sama. Terima kasih untuk laluan MRT ni. Senang kita.
ReplyDeleteSama-sama. Betul. MRT ni memudahkan perjalanan.
Deletebla dah bosan x tau g mana sy mmg akn ke sini...kdg saja duduk2 situ baca buku...
ReplyDeleteBau helaian buku tu yang best. Kalau dekat, tiap-tiap minggu saya ke sana. 😅
DeletePaling penting beli dahulu.. kikiki..
ReplyDeleteBaca nanti-nanti bila senang.. betul tak..