Nasi Goreng Korea Ecoshop yang viral?


Masuk kedai ECO, mata aku melilau cari jajan. Konon nak makan sambil layan TV malam-malam. Masa tengah pilih tu, tetiba teringat benda viral (entah betul ke tak) iaitu Nasi Goreng Korea ready-to-eat.



Terus aku sambar sepaket. Nak cuba sedap ke tak. Lagi pun lama betul aku tak buat nasi goreng Korea. Konon bila dah jumpa benda baru ni, senang lah sikit. Tak payah susah-susah masak.


Nasi goreng ni dah masak sepenuhnya. Boleh panaskan kalau nak. Kalau tak nak panaskan pun boleh. Tapi aku panaskan. Aku taruk dalam kuali. Kacau dalam 2 - 3 minit dan angkat.

Tepi tu hirisan ayam yang aku tambah sendiri.

Sedap ke? Boleh lah. Berbaloi lah beli dengan harga RM2.40. Rasa lah sikit Korea kat situ. Mungkin sebab ada unsur rumpai laut dan tahap kepedasan ala Korea dalam nasi goreng ni. Cuma nasinya keras sikit. 😅

Post a Comment

11 Comments

  1. mcm ada nampak juga haritu kat ecoshop.. nanti nak try juga lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kat sana ada banyak jenis. Sempat beli nasi goreng ni untuk cuba.

      Delete
  2. oo..ada jual nasi goreng...kena cari ecoshop nih..

    ReplyDelete
  3. keras mcm mana tu? Tak cukup masak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam masak elok. Mungkin berasnya yang pesen gitu. Tak selembut nasi yang biasa saya makan.

      Delete
  4. Owh.. Keras ye rasanya.. Tak perasan pula dekat ECO shop.. Nak usha jugalah nanti..

    ReplyDelete