Penampakan buah durian belanda.


Masa nak cantas dahan pokok durian belanda ni, ternampak pulak beberapa biji buahya tergantung elok kat dahan pokok. Sempat snap gambar buah yang paling dekat je.

Sejak musim panas kering ni, payah pulak pokok ni nak berbuah. Dulu elok lebat je buahnya. Tapi sekarang bila dah berbuah, beberapa ketul je yang membesar. Tu pun rosak isinya. Hitam macam kena ulat ke apa entah.


Dah cuba letak perangkap lalat buah tapi sekarang lalat buah dah takde. Mungkin pupus. Tak tahu lah makhluk apa pulak yang datang rosakkan buah kali ni. 😥

Aku ambil 2 biji yang hampir masak. Peram dalam surat khabar. Malangnya, kedua-dua buah tu terpaksa campak ke dalam tong sampah sebab isinya rosak jugak.

Post a Comment

13 Comments

  1. sedap ni buah durian belanda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi sedap bila makan buahnya yang hampir masak.

      Delete
  2. Eh sama kes dgn buah durian belanda PH la... Isi dia rosak juga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa rosak? Saya masih tak tahu puncanya dari mana. 😥

      Delete
  3. wahhhhh durian belanda ni kategori rare sbb jarang jumpa skrg ehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang sangat. Saya belum pernah nampak orang jual kat pasar atau pasar raya.

      Delete
  4. sayangnya...susah nak jumpa buah nie sekarang...dulu2 masa linda kecik2 ada pokok nie...sekarang dah takde...mungkin kena tanam jugak kot dekat rumah bapak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanam jugak tu. Untung-untung tiap-tiap tahun boleh makan hasilnya.

      Delete
  5. alaaa syg nyaaa tak dapat makan...
    dulu sy suka bau daun durian belanda hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap tahun lepas elok je buahnya. Mungkin kena serangan penyakit atau serangga perosak.

      Bau buah durian belanda ni nyaman. 😀

      Delete
  6. Buah ni buat air pun sedap dan banyak juga khasiatnya cumanya jarang dapat jumpa pokok durian belanda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airnya memang sedap. Masam-masam manis gitu.

      Delete
  7. Sayangnya.. Tak ada rezeki nak makan ye..
    Kenapa ye agaknya buah jadi rosak juga walaupun tak ada lalat buah..
    Susah nak jumpa buah durian belanda ini..

    ReplyDelete