Tak dapat pergi ke Pesta Buku PBAKL 2024.


Sekali lagi aku tak berkesempatan nak habiskan duit ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yakni pesta buku terpaling besar kat Malaysia. Tahun lepas mampu mintak pertolongan personal shopper je untuk beli buku yang aku nak.

Sebagai penggemar komik dan novel (bukan novel cintan cintun), tempat macam ni antara tempat wajib singgah. Banyak company yang guna peluang ni untuk jual produk diorang. Contohnya booth yang aku perhati je booth Gempakstarz, Popular Bookstore, Bekazon, Sasbadi, Karangkraf dan Keluang Man.

Gempakstarz


Katanya pesta buku kali ni lagi meriah dari tahun lepas. Aku tengok dalam FB, booth Gempakstarz antara booth yang paling meriah. Ye lah. Company besar kan? Ramai pelukis dan penulis yang ada masa sesi autograf.

Siapa sanggup datang awal, dapat lah kad-kad ni.

Antara pelukis hebat Gempakstarz.

Banyak jugak diskaun hebat yang diorang bagi. Paling best, kalau beli dalam harga tertentu, akan dapat free gift. Diorang memang tak kedekut pun. Dulu masa aku pergi tahun 2022, banyak jugak free gift yang diorang bagi.

Popular Bookstore


Antara benda baru yang diorang jual sudah tentunya komik Spy x Family versi Bahasa Melayu terbitan Gempakstarz. Terbit julung kalinya sempena pesta buku ni.

Punya besar dia punya iklan.

Ada volume 1 dan 2 setakat ni.

Memang tak sempat lah aku nak beli. Harap nanti diorang jual kat cawangan Popular seluruh Malaysia. Untung-untung dapat jugak diskaun sempena sales ulang tahun ke-100 diorang.

Bekazon


Antara company yang wajib ada setiap kali PBAKL. Selalunya diorang takde barang eksklusif sempena pesta buku. Yang ada kebanyakannya komik atau majalah yang dah terbit sebelum pesta buku.



Kali ni, team marketing diorang sangat bijak. Ada beberapa barang yang baru terbit sempena pesta buku ni iaitu: Koleksi Lambok Vol 5, Koleksi Hang Lekuk, Bumper New-Stalgia Muzika 2024 dan jugak Koleksi Aku, Dia & Volkswagen.

Nak beli tapi tunggu lah ada bajet.

Banyak tu barang baru. Boleh je nak beli online tapi kena tunggu lah lepas habis sesi pesta buku ni. Untung siapa yang beli kat pesta buku, boleh jumpa pelukis dan mintak sign.

BekaBOX ni harganya tak silap aku RM59 seketul.

Tapi kacau betul diorang ni. Buat surprise hari last pesta buku. Diorang tetiba jual BekaBOX eksklusif diorang hari tu.

Sasbadi


Aku jarang beli barang kat Sasbadi. Dulu masa zaman sekolah, rajin aku beli buku latihan PMR dan SPM termasuk buku rujukan. Tapi tak perasan pulak diorang pun jual komik.

Aku suka sebab lukisan komik ni lawa.

Kali ni, diorang terbit komik karya Ben Wong. Komik Lil' Girl Denie. Ada 3 versi semuanya iaitu BM, English dan Bahasa Cina. Kat booth ni jugak Ben datang buat sesi autograf. Untung betul fans dia. Siap dapat free gift lagi.

Karangkraf


Aku tertarik dengan booth ni kali ni sebab ada komik Bagaikan Puteri. Inspirasi dari novel karya Ramlee Awang Murshid dengan tajuk yang sama. Mesti menarik komiknya sebab novel RAM yang aku pernah baca (Sunan) memang best.

Siap ada kad foto lagi tu.

Set ni limited edition katanya.

Bukan tu je, ada jugak set edisi terhad novel Sunan. Versi cover baru dalam imej lukisan ilustrasi. Mesti peminat RAM takkan lepaskan peluang beli versi baru ni.

Keluang Man


Keluang Man masih relevan lagi tau. Akan datang, ASTRO bakal buat filem Keluang Man. Kat booth ni, memang ramai jugak peminat dan collector yang datang.

Box set ni harga ratusan jugak.

Ada jual box set komik, dan merchandise Keluang Man. Box set ni tak silap aku dari tahun lepas diorang dah jual. Tahun ni versi baru. Tak terbeli aku sebab tak mampu den. Katanya box set tu tak sampai setengah jam dah sold out.

Figura ni antara item panas booth Keluang Man.

Figura Keluang Man dan Tiong Man ni pulak memang jadi rebutan peminat fanatik walaupun harganya bagi aku, mampu tengok je. Bila dah terlalu minat, harga bukan jadi masalah kan?

Kesian. Aku mampu tengok dari jauh. Teringin nak pergi tapi waktu PBAKL ni selalu clash dengan jadual aku. Kalau pesta buku ni buat masa awal bulan lepas, sempat jugak lah aku ke sana alang-alang aku ada kat Putrajaya waktu tu. 😂

Post a Comment

9 Comments

  1. next year kalau x dpt pergi boleh kirim kat saya...FOC je. sy mmg singgah booth2 di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah dapat pergi sana. InsyaAllah kalau berkenan boleh kirim. 😄

      Delete
    2. kalau ada apa2 pesta buku yg related dgn kimik bagitau je sy insya allah ada kesempatan sy pegi n boleh kirim komik...

      Delete
  2. kalau dah minat, harga tak kisah dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya macam tu lah. Lagi-lagi barang limited edition.

      Delete
  3. Alhamdulilah dapat pergi hari kedua terakhir setelah anak ajak. Dapat la anak jumpa penulis buku kegemarannya.....Ain Maisarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah macam tu. Dapat pergi pilih buku sendiri.

      Delete
  4. saya berazam mudahan jadi orang kaya untuk dapat pergi pesta buku begini...dapat juga beli buku yang rare dan unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Tapi tak perlu kaya untuk ke sana. Masuk percuma. 😀

      Delete