Tuai buah mulberi.


Lama dulu aku tanam pokok mulberi. Aku tanam dari keratan batang. Waktu tu cuaca masik steady. Bukan musim panas atau tengkujuh. Jadi, keratan batang tu senang nak keluar akar.

Ada yang aku tanam dalam pasu. Ada jugak yang aku tanam terus ke tanah. Senang je pokok mulberi nak tumbuh sebenarnya. Sebab pokok ni antara pokok yang lasak.

Buah mulberi yang aku tanam ni masam. Yang dah matang pun masam, apatah lagi yang belum masak. Tapi rasanya sedap. Aku petik, basuh dan terus makan. Nak buat jem macam leceh lah pulak.

Trim dahan untuk buah


Buah yang dah masak warna maroon.

Pokok ni nak berbuah pun senang. Bila dah tuai buah, kena trim atau cantas dahan tempat buah yang dipetik tu. Kalau tak, nanti dahan lama tu terus memanjang tanpa buah.

Daun pun boleh makan


Ada seketul je kat dahan ni.

Daun pokok mulberi pun boleh makan. Maksud aku, pucuknya yang muda. Boleh buat ulam atau goreng celup tepung. Tapi rasanya tak semanis rasa bayam kalau nak celup tepung.

Serangga tak kacau


Buah yang baru keluar. Warna hijau berbulu.

Ada yang tanam pokok mulberi ni sebagai hiasan laman. Sebab pokok ni mudah membesar. Lagi satu, aku perasan yang daun-daun pokok mulberi ni elok je. Takde kesan gigitan serangga atau belalang. Ke serangga tak suka pokok mulberi?

Post a Comment

10 Comments

  1. Mungkin sebab dia masam kot... Tu yg serangga tak suka... Weekend mgu lepas baru kutip dekat rumah mak... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot. Sebab jarang lah jumpa serangga. Semut ada lah sikit-sikit.

      Delete
  2. biasa tgk color mulberi yg pepel gelap...kalini merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang gelap mungkin yang betul-betul masak kot.

      Delete
  3. jadikan air... just masukkan ke dlm periuk dan masak... lepas tu letak gula... boleh diminum sejuk2.. rasanya ya Allah nikmat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Kena cuba lepas ni. Terima kasih info. 😁

      Delete
  4. mama sy pun ada tanam juga. Tapi dia selalu terlupa nak petik. At the end hilang macam tu je. Tak tahu laa sapa yang mkn. Manusia or haiwan hehehe… sedap buah mulberi ni. Kalua mulut terasa nak mkn masam2 boleh petik je…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Makan masa fresh lepas petik memang sedap.

      Delete
  5. Dulu dekat pejabat lama memang tanam pokok mulberry ini.. Kalau nak dia rajin berbuah memang kena pangkas selalu.. Yup, pucuk dia buat ulam sedap.. Goreng tak pernah lagi..

    ReplyDelete
  6. Buah ini sepatutnya manis bila dah warna hitam.. Suka kami kutip..

    ReplyDelete