WakDough dalam AEON Big.


Masa jalan-jalan dalam AEON cari barang, aku masuk lah area makanan. Saja nak tengok menu apa yang ada. Nak cari onigiri Omar & Hana tapi takde.


Ada satu meja ni yang pamerkan kuih-muih tradisional. Kemas susun atur bekas-bekas kuih yang ada. Dalam dulang lagi tu. Aku tertarik dengan kuih bakar yang ada kat meja tu.



Jenama WakDough. Ada kaitan dengan Wak Doyok ke? Sebab ada perkataan Wak kat situ. Bila tengok balik, rupa-rupanya kuih-muih ni produk dia! Siap ada standee dia lagi kat situ. Maju betul dia sampai boleh masuk AEON Big.


Balik rumah, aku rasa. Panaskan dulu dalam microwave oven. Sedap lah jugak kuih bakar ni. Tak keras. Tak bantat. Sesedap rasa gitu. Berbaloi lah beli dengan harga RM4.20 tu.

Disebabkan aku suka rasa kuih bakar ni, beberapa hari kemudian, aku pergi lagi ke sana. Nak repeat order niatnya. Tapi kuih bakar dah habis. Kuih lain je yang ada. Melepas! 😂

Post a Comment

6 Comments

  1. wahhhh mantap Wak Doyok masuk produk kuih-muih dlm Aeon rupanya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bukan senang nak masuk AEON. Tak semua yang mampu.

      Delete
  2. dah ada produk kuih...bagus..semoga kualiti sentiasa maintain..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, jom kita support ... :D

    ReplyDelete