Air Livita Dragon Ball Z.


Tadi masa singgah 7e, aku masuk nak cari kad BoBoiBoy yang baru. Tapi takde pulak. Yang ada kad lama je. Banyak pulak tu.

Aku pun pergi lah usha barang lain. Aku tengok bahagian peti sejuk. Ada botol yang menarik perhatian aku: Livita Dragon Ball Z.

Ada banyak gambar karakter Dragon Ball Z tu. 6 kesemuanya. Ada Goku, Bezita, Gohan, Pikor, Gotenks dan Majin Buu. RM2.70 sebotol. Aku beli 2 je sebab gambar kat botol lain tu macam terkoyak. Ingat nanti lebihan tu nak beli kat 7e lain.


Aku beli botol Goku dan Bezita. Airnya rasa sama. Cuma gambar kat botol je yang lain. Tapi air ni bukan untuk aku. Rasa dan bau macam ubat batuk. Seteguk dah rasa mual. Entah apa kebaikan air ni. Tak pernah aku minum air Livita sebelum ni.

Kalau nak kumpul gambar karakter Dragon Ball Z tu, berbaloi lah beli. Bukan selalu muncul promo macam ni. Mungkin tribute perginya pencipta Dragon Ball Z iaitu Akira Toriyama baru-baru ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. Betul tu .. kalau collector okla ... livita pernah minum sekali dua.. Itu pun org yg kasi.. kalau tak biasa mmg rasa mual huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak dapat nak minum dengan selesa. 😂

      Delete
  2. tak pernah minum air livita.. oo rasa mcm ubat batuk ye? tp smart pulak gmbar Goku & Bezita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Gambar tu cun sangat. Mengimbau kenangan masa zaman kegemilangan Dragon Ball kat TV.

      Delete
  3. Aissssh saya bisa bayangkan rasa air nya, pernah beli minuman yg pakai botol mirip botol obat macam nih, dan memang rasanya tak pernah sesuai selera. Macam obat iya, macam terlalu banyak pemanis buatan pun iya.

    Tapi bagi yg suka dragon Ball, pasti akan dibeli utk koleksi 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Rasa macam ubat batuk dari klinik. Kurang nyaman. 😓

      Delete