Dorayaki perisa blueberry versi baru dari Top Baker.


Baru-baru ni aku pernah review pasal dorayaki dari Top Baker. Perisa kelapa. Sedap. Kali ni, aku terjumpa dorayaki pulak perisa blueberry masa masuk kedai runcit.


Sebelum ni perisa blueberry ni dah ada. Diorang dah pernah buat. Tapi packaging tak sama. Entah kenapa ditukar, aku tak tahu.

Apa lagi. Terus aku beli. Sebab aku yakin dorayaki ni sedap. Harga seketul ni RM1.30. Gambar paket tu comel lah pulak. Entah siapa designer nya.



Dari luar dah nampak cantik. Permukaan dorayaki ni licin dan kemas je. Dalamnya ada jem blueberry. Banyak jugak. Memang tak kedekut company ni. 😁

Komen aku, dorayaki ni berbaloi dibeli. Sedap. Harga pun mampu beli. Paket leper dan kecil macam ni senang nak masukkan dalam beg. Boleh bawak in case tak sempat nak sarapan kat rumah.

Post a Comment

14 Comments

  1. ldy suka dorayaki perisa coklat... (dulu la suka, skrg x :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perisa coklat jenama ni tak pernah jumpa lagi setakat ni.

      Delete
  2. Dorayaki yg menarik.. tapi mcm susah jer nak jumpa yg ini .

    ReplyDelete
  3. sedap...kalau dekat ninso @ Eco pun ada dorayaki, memang Linda beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecoshop ada. Nampak kat rak roti masa saya pergi sana.

      Delete
  4. Dulu zaman anak saya kecil dia suka dorayaki Krn Doraemon. Sibuk saya cari di mana jual dorayaki 🤣🤣. Trus ada rezeki saat ke Jepang, pergilah ke museum Doraemon. Di situ pula ada stand yg menjual dorayaki. Langsung beli sekotak. Anak saya puas sangat makannya 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah dapat makan kat tempat asal dorayaki. 😄

      Delete
  5. Comel pula design plastik dia tu..

    ReplyDelete