Gigih customize widget Top Commentator.


Lama betul tak tacap blog. Rasanya macam takde apa yang perlu buang atau tambah setakat ni. Cuma ada satu widget yang masih bermasalah.

Widget top commentator diberi nama. Widget ni macam tak berapa ngam dengan blog aku. Aku cuba letak kat sidebar tapi hancus. Aku letak kat stand-alone page, elok tapi loading pulak.

Cuma bila dah berjaya muncul tu, ada part yang agak 'senget' iaitu avatar blogger. Kat belakang avatar tu, ada satu garis lurus. Kalau tengok betul-betul, mesti perasan. Aku tak boleh tengok benda-benda macam tu. Macam failed.

Wujudnya garis tu sebab aku set mana-mana link yang aku letak dalam entri, ada garisan kat bawahnya. Kalau baca entri aku yang ada link, mesti perasan. Untuk memudahkan pembaca nampak sebenarnya.

Jadi, aku cari cara nak buang garisan belakang avatar blogger tu. Lama jugak aku cari. Berbulan-bulan. Aku tengok tutorial yang ada tapi takde pun yang berhasil.

Entah macam mana, aku tergerak hati nak godek secara teliti code widget top commentator tu. Zupp! Jumpa kat mana benda alah yang jadi punca garis belakang avatar tu.

Ada seketul code yang menyebabkan semua ni terjadi. Code nya adalah href="" yang ada kat celahan code banyak-banyak dalam tu. Aku pun buang lah code tu.

Code asal.

Code lepas edit.

Lepas aku edit, terus elok. Hilang garisan yang tak diperlukan kat belakang avatar blogger. Garisan tu memang tak diperlukan sebab semak jadinya walaupun kecil je.

Avatar asal.

Avatar lepas edit.

Nampak tak rupa avatar tu sebelum dan selepas buang code tu? Garisan belakang avatar tu dah takde. Nampak kemas sikit lah dari sebelum ni.

Post a Comment

18 Comments

  1. Rajin betul belek coding.. SHa kalau belek pun memang tak faham.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. sy cuma letak 5 list shj jd garisan tu tak nampak kot...
    thanks for sharing👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Code yang sama atau lain? Yang saya ni, saya cari kat mana entah. Sebab code dari Sneeit tu (ramai yang pakai) tak ngam dengan blog saya.

      Delete
  3. Hebat betul bab coding-coding ni ye. Bab coding ni memang kena try and error kadang. Rasa puas hati kalau dapat solve problem tu kan. Terbaik! Tahniah dapat settlekan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian, sangat membantu.

    ReplyDelete
  5. ammi punya blog dah bawa keluar widget top commentator ni. mcm tak function pun.
    pastu widget utk blog archive. dia kasi yearly terus instead of tengok monthly punya jumlah positng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada buat tutorial pasal yearly blog archive tu. Boleh ubah kepada hierarchy.

      https://www.bolakatok.com/2024/03/cara-buat-hierarchy-widget-blog-archive.html

      Delete
  6. hebat betul lah bab2 coding nie...kalau linda, memang surrender dah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa je. Yang basic boleh belajar sendiri. 😄

      Delete
  7. rajin BK godek belek coding tu.. kalau Ana mesti dah give up hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sejam je. Kalau tak menjadi, sambung hari lain. 😆

      Delete
  8. Saya tak perasan pula sebelumnya bang 😅. Apalagi saya selalu buka dari HP. JD memang bagian top komentator pun tak terlihat juga.

    Abang termasuk perfeksionis juga yaa, melihat yg tak pas sedikit pun, rasa macam failed 😅. Tapi baguus juga seperti itu. Biasanya dia akan mengerjakan segala sesuatu dengan perfect juga 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah kot. Tak selesa mata bila tengok sesuatu yang senget. 😁

      Delete